PM dan MB Perak rujuk dulu pada Mufti Perak sebelum memutuskan Mastura calon BN…
Polimek mengenai pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid,isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khaill Anuar Wan Ahmad agak panas.Ini kerana isu beliau kini dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari kerana kematian suami.
Malah ada yang marah-marah dan mempersoalkan pimpinan UMNO ‘ tidak sensitif pada hal agama’ dalam memilihnya.
Ada juga yang bimbang kemungkinan ia dijadikan modal pihak lawan BN semasa kempen pilihanraya yang dijangka sengit.
Soalnya apakah pimpinan UMNO main semberono begitu saja?
Jawapanya tidak.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria sendiri mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Kadir ada merujuk kepadanya terlebih dahulu sebelum memutuskan pencalonan Mastura.
“Memang Perdana Menteri merujuk kepada saya dahulu, dia tanya bolehkah Mastura dicalonkan sebagai calon PRK Kuala Kangsar. Saya kata boleh. Menteri Besar Perak pun ada tanya saya dan saya kata boleh,” katanya ketika dihubungi wartawan portal BNBBC.my pada Ahad.
Katanya Mastura tidak menyalahi melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam hanya kerana beliau dicalonkan atas cadangan daripada pihak lain.
Bagaimanapun,kata Harussani beliau tidak dibenarkan untuk keluar berkempen termasuk keluar ke masjid untuk berkempen sehingga tempoh edahnya berakhir.
“Tiada masalah untuk Mastura dicalonkan sebagai calon PRK di Kuala Kangsar. Beliau cuma tidak boleh keluar berkempen. Masa penamaan calon atau pengumuman keputusan PRK pun dia tak boleh keluar.
“Bagaimanapun beliau masih boleh keluar kalau dia nak mencari makanan, pergi ke hospital mendapatkan rawatan dan meluaskan perniagaannya,” katanya.
Sabtu semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar di hadapan kira-kira 2,000 penyokong BN di Bilik Gerakan BN Kuala Kangsar di Safari Resort.
Mastura bagaimanapun tidak hadir semasa pengumuman tersebut dan watikah pelantikan diberikan kepada anaknya sebagai wakil.
Dalam satu video yang ditayangkan, Mastura berterima kasih kerana memilihnya sebagai calon di Kuala Kangsar.
Sebelum ini Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata Mastura tidak boleh keluar berkempen kerana masih dalam edahnya kerana baru kematian suami.
Oleh itu beliau mencadangkan agar anak beliau menjadi pengganti untuk berkempen sepanjang tempoh pilihan raya ini.

Comments