Presiden Parti Komponen BN Tak Jadi Letak Jawatan, Kerana Pindaan Akta 355 Bukan Hudud


PRESIDEN MIC, Datuk S Subramaniam menyertai pemimpin BN yang lain akan meletakkan jawatan daripada kabinet jika hudud dilaksanakan.

Itulah kenyataan beliau seperti dilaporkan oleh portal pembangkang Malaysiakini, yang bermaksud jika usul pindaan RUU Akta 355 berkaitan hukuman denda di mahkamah syariah, maka ianya tiada berkaitan dengan hudud.

Tiada istilah hududpun digunakan oleh Presiden PAS ketika membentangkan usul berkenaan dan ini juga selari dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa usul yang dibawa Presiden PAS bukan hudud seperti yang sengaja dipropagandakan media pembangkang.

Isu ini berbangkit apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Khamis lalu membacakan usul Rang Undang-Undang persendirian untuk meminda hukuman lebih berat dalam undang-undang syariah, sebelum menangguhkannya.

Yang menjadi penentang utama dan sengaja mengaitkan dengan hudud ialah Setiausaha Agung DAP. Lim Guan Eng dan disokong penuh ayahnya, Lim Kit Siang.

Subramaniam menjangkakan rang undang-undang itu akan membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, yang kemudian mungkin merebak ke negeri-negeri lain.

Ini kemudian akan mewujudkan dua sistem undang-undang jenayah, yang katanya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menteri kesihatan itu berkata MIC juga mahu penjelasan lanjut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai rang undang-undang itu kerana mengatakan ia tiada kaitan dengan hudud.

“Saya berharap kenyataan perdana menteri bahawa kita hanya akan membuat keputusan mengenai hudud setelah mendapat persetujuan akan diberi keutamaan,” katanya seperti dilaporkan portal berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia