Tau Pun Takutttt....Pensyarah ‎nafi penyebaran 'print screen'

SHAH ALAM - Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Mohd Shukri Shuib menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat di dalam penyebaran 'printsceen' yang mendakwa Sinar Harian cuba menjadi seperti sebuah portal politik dengan memutar belit laporan analisis beliau pada 12 Mei lalu.

Katanya, printscreen yang tersebar meluas di kalangan pengguna media sosial bukan datang daripadanya.

“Saya harap orang ramai ramai jangan kaitkan Sinar Harian dengan mana-mana entiti media sosial yang lain kerana akhbar berkenaan mempunyai cara tersendiri.

“Tidak wajar Sinar Harian dipertanggungjawabkan kerana Sinar Harian adalah satu wadah yang baik dan telus untuk diakses oleh anggota masyarakat,” katanya.

Menurutnya, Sinar Harian adalah sebuah akhbar yang cukup baik dalam memberikan kerjasamanya kepada orang akademik dan anggota masyarakat untuk menyalurkan maklumat yang tepat mengenai isu semasa.

“Sebagai seorang ahli akademik yang terlatih dalam bidang penyelidikan, dan pemerhatian hal ehwal politik dan antarabangsa dah tentu saya memberi pandangan yang bersifat akademik berdasarkan pemerhatian dan pengamatan saya.

“Apa yang saya sampaikan terpulang kepada pembaca dan penerima mesej sama ada mereka bersetuju atau tidak. Saya tidak bertanggungjawab dalam apa-apa perkara kerana saya cuma menyampaikan sama ada ia merujuk pada BN, Pas atau Pakatan Harapan,” katanya.

Katanya, pemimpin parti dan anggota masyarakat seharusnya memberikan perhatian kepada Sinar Harian kerana akhbar ini bersifat ‘non-partisan’, begitu juga dengan pandangan beliau.

Bagi saya, memilih soal politik berbeza dengan akademik kerana saya menyampaikan pandangan secara akademik dan bukan pandangan yang mewakili parti atau pertubuhan yang saya anggotai.

“Oleh itu saya harap orang ramai boleh menerima pandangan dan analisa ahli akademik kerana pandangan mereka akan membantu menambah baik parti, institusi dan masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL