Rafizi tidak peduli penafian Azmin...serah bukti dakwaan rasuah pada SPRM

Sekalipun Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata dakwaan adanya kegiatan rasuah minta wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan negeri adalah fitnah terancang,Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tetap tak berganjak.

Ahli Parlimen Pandan itu muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk serah sendiri bukti mengenai dakwaan yang beliau bangkitkan itu.

Rafizi tiba kira-kira 12 tengah hari diiringi hampir 30 penyokong termasuk Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah dan Naib Ketua Anak Muda Amanah (AMAN) Parti Amanah Negara, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR ,Jumaat lalu dalam reaksi isu yang dibangkit oleh Rafizi dakwa orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri kerana melakukan serangan jahat dan semberono.

"Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan akan mengemukakan semua bukti rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor termasuk habuan wanita dan wang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, Khamis lalu Wan Azizah meminta Rafizi menyerahkan semua bukti kepada SPRM seperti diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik Keadilan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana