Pemuda Umno Akan Beri Perhatian Penuh Untuk Kempen

Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) khususnya Pergerakan Pemuda diminta memberikan perhatian penuh dengan mendekati semua anggota masyarakat tanpa mengira kaum ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar Jun ini.  

Ketua Pergerakan Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata tumpuan sedemikian perlu kerana BN tidak boleh bergantung hanya kepada pengundi Melayu semata-mata untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya berkenaan.  

“Kita (BN) kena turun padang dan mendampingi semua pengundi dan jangan hanya tumpu di kawasan tradisi dimenangi sebelum ini sahaja.  

“Selain itu, kita juga tidak boleh hanya bergantung kepada program rasmi dihadiri ramai penyokong kuat BN semata-mata, sebaliknya mesti berjumpa terus dengan pengundi tanpa mengharapkan mereka dijemput untuk mendekati kita.

“Jentera BN perlu memperbanyakkan program temu mesra atau bertemu pengundi di kedai kedai kopi atau mana-mana lokasi tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Sukan Barisan Nasional (BN) dan Program Salam Pelancaran Jentera Bermotor Pemuda BN di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Yoke Kuan, Sekinchan semalam.  

Yang turut hadir, Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Ketua Pemuda UMNO Negeri, Zainuri Zainal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang serta bakal calon BN pada PRK Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.  

Khairy berkata, semua jentera BN perlu sedar bahawa PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini adalah ujian terakhir yang akan menentukan prestasi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL