Bukan Kita Tidak Tahu Perangai Pembangkang Ni. ...Dasar Perangai Tak Senonoh
Kritik Calon BN Kuala Kangsar Datin Mastura Yazid Sebab Pembangkang Takut Hukum Atau Takut Aura Calon BN Ini???!!!
SELEPAS Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak telah membuat keputusan memilih Datin Mastura Yazid sebagai calon parti itu di Kuala Kangsar, pembangkang mempertikaikannya kerana balu penyandang itu masih dalam ‘iddah.
Bukan setakat mempertikaikan, malah ada yang menjatuhkan hukum bagaikan satu dosa besar telah dilakukan oleh BN kerana memilih balu Allahyarham.
Soalnya, siapa kita yang terlalu cepat menghukum sedangkan tiada yang Mastura atau BN lakukan yang melanggar undang-undang Islam dan negara. Jika ada, buktikanlah, jangan hanya menghukum?
Empunya diri sendiri pun telah memberi mesej agar para pengundi memahami dirinya yang masih perlu menghabiskan tempoh ‘iddah berkenaan. Dimana pula Mastura atau BN telah melanggar perintah Allah?
Ada juga yang mengatakan pilihan yang di buat Najib Razak ini adalah suatu keterdesakan kerana tiada calon lain. Adakah kita yang bijak atau sebenarnya kita masih tidak memahami strategi anak Tun Abdul Razak itu.
Dengan pemilihan Mastura ini sebenarnya telah berjaya memadam pelbagai isu dalaman Umno khususnya di Perak. Jika kita bertanya orang dalaman parti, tidak dinafikan Umno Kuala Kangsar ada sedikit ‘perbalahan keluarga’ antara beberapa kumpulan.
Hanya kepada Allahyarham sahaja yang menjadi pengharapan kepada Umno bersatu di sana. Siapa lagi yang boleh mengekalkan ‘bayangan’ Allahyarham di sana jika bukan insan paling rapat dengan beliau?
Selain itu, faktor undi simpati juga pasti akan memberi kelebihan buat BN di sana. Yang lebih penting, Mastura dan BN tidak melanggar apa-apa hukum atau undang-undang negara.
Malah, tidak ada siapa termasuk Mastura mahu mengabaikan soal hukum hakam dalam agama. Ini dibuktikan apabila dia tidak hadir semasa majlis pengumuman calon lalu.
Mengenai kaedah kempen pun tidak terlalu serius. Bukankah ini zaman hyper connectivity maka tidak ada masalah untuk Mastura menjalankan aktiviti kempennya, apatah lagi di dalam suasana bulan Ramadhan.
Sejarah juga membuktikan, sudah ada beberapa orang yang menang pilihan raya di negara ini walapun dalam tahanan ISA seperti bekas pemimpin Makkal Sakthi En Wytermoorthy.
Langsung tidak boleh keluar berkempen dan ketika itu media sosial belum sehebat sekarang, itupun boleh menang. Jadi apalah sangat apa yang sedang ditempuhi Mastura dan BN sekarang ini?
Harapannya sekarang ini, jentera BN harus bersatu hati dan memastikan semua calon lawan bakal kalah di tangan Mastura. –Tv14

Comments