Panassss!!!! Ridhuan Tee keluar MCA, anggap parti musuh Islam

BANGI, Isnin – Penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, hari ini mengumumkan keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu yang kini memusuhi Islam, apabila menentang usaha memperkemas undang-undang syariah menerusi pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Beliau yang juga ahli seumur hidup parti itu selepas keahliannya diterima pada tahun 2000 setelah empat tahun menunggu, juga menyifatkan MCA sebagai sebuah parti yang terlalu perkauman.

“Saya tidak mahu menanggung dosa berada di dalam parti yang menjadi musuh Islam. Dengan ini saya mengisytiharkan keluar daripada MCA.

“Dulu saya berhempas pulas mahu menyertai parti ini walaupun mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu dikatakan masuk Melayu.

“Tetapi, sangkaan saya meleset apabila parti ini sangat perkauman dan menjadi musuh Islam. Siapa memusuhi Islam, dia adalah musuh saya juga,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini.

Beliau kesal dengan MCA yang sepatutnya sudah memahami Islam dan cara hidup bangsa Melayu setelah Malaysia merdeka hampir 60 tahun, turut menggesa MCA dan Gerakan supaya keluar dari negara ini dan menubuhkan parti masing-masing di negara komunis.

“Mereka bukan sahaja buat-buat tidak faham, malah menghina bangsa pribumi yang mahukan hak di bumi sendiri. Jika MCA dan Gerakan mahukan cara hidup yang lebih baik cari bumi sendiri.

“Hormat sikit pribumi di sini. Ini tanah mereka, mereka berhak mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak mereka, sedangkan MCA, Gerakan, DAP dan yang lainnya tiada hak untuk campur tangan,” katanya yang mengulas tindakan parti terbabit menentang usaha memperkemaskan undang-undang Islam di negara ini.

Terbaru, MCA, Gerakan, SUPP dan MIC menyertai sebuah lagi parti perkauman, rasis dan cauvinis DAP, menentang dan membantah usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Malah pemimpin MCA, Gerakan, SUPP dan MIC mengugut akan meletak jawatan daripada Kabinet sekiranya rang undang-undang itu diluluskan.

“Saya minta menteri daripada MCA, Gerakan dan MIC meletak jawatan dengan segera. Tidak perlu menunggu hari lain. Dasar muka tak malu. Menang pilihan raya atas ehsan undi Melayu dan mendapat kerusi Kabinet, langsung tidak bersyukur.

“Saya juga berharap kerajaan tidak meluluskan permohonan koperasi Kojadi milik MCA menjadi bank koperasi. Jika diluluskan ia adalah pengkhianatan kepada Melayu dan Islam, sedangkan Sarawak lebih berhak daripada mereka. Saya berharap kerajaan yang dipimpin UMNO bertegas dalam hal-hal seperti ini. Biar ada telur,” katanya.

“Senario dalam MIC pula lagilah teruk. Tidak ada satu pun kerusi majoriti. Semuanya undi ehsan orang Melayu yang beragama Islam. Malangnya mereka masih tidak belajar memahami Melayu dan Islam,” katanya.

Ridhuan Tee turut mempertikaikan apakah sumbangan MCA, Gerakan dan MIC kepada Islam setelah bangsa Melayu memberi undi dan kemenangan kepada mereka.

“Orang Melayu terus ditipu. Peliknya, orang Melayu dan parti politik Melayu masih buta. Bangunlah wahai Melayu Islam.

“Inilah masa untuk kita bersatu menentang musuh yang sebenar. Dulu mereka bersatu dalam senyap, hari ini secara terbuka, kita masih berpolitik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL