Pengundi Bukan Islam Tidak Perlu Risau, RUU Bukan Hudud

SABAK BERNAM, 29 Mei (Bernama) -- Pengundi bukan Islam di kawasan Parlimen Sungai Besar telah dinasihatkan supaya tidak risau dengan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 kerana ia tiada kaitan dengan hudud.
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata usul itu hanyalah cadangan memperkasakan Mahkamah Syariah dan ia tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Sekarang Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan dan hukuman ini sudah tiba masanya wajar dipinda.
"Usul berkenaan hanya untuk meminda undang-undang yang telah sedia ada di Malaysia dan bukan untuk membuat undang-undang baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pertahanan Awam (JPAM) Negeri Selangor di sini hari ini.Turut hadir Ketua Pengarah JPAM, Datuk Ogu Salim Omar.

Anggota Parlimen Tanjung Karang itu berkata isu Presiden PAS Abdul Hadi Awang membawa usul berkenaan sengaja dipolitikkan bagi menunjukkan seolah-olah wujud kerjasama antara UMNO dengan PAS.

"Tidak wujud sebarang kerjasama atau hubungan, malah di kedua-dua PRK, di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak, UMNO dan PAS meletakkan calon masing-masing," katanya.
PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas pesawat helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Kedua-dua PRK diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala hari penamaan calon pada 5 Jun.
-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana