KENAPA MAHATHIR SEMBUNYIKAN FAKTA NEGARA KERUGIAN RM72 BILION?
DEKLARASI MAHATHIR yang turut disertai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak henti-henti mempertikaikan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) dan derma RM2.6 Bilion, walaupun hakikatnya kedua-dua isu berkenaan telah selesai, malah ada yang direka cerita.
Namun, tidak pula kedua-dua tokoh Umno itu mahu mempersoalkan mengenai kerugian semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamed sebanyak RM73 bilion selama 22 tahun beliau tadbir negara.
Mungkin juga ramai yang masih tidak tahu, RM73 bilion kerugian berkenaan dicipta melalui empat syarikat/badan berikut ;
1. Perwaja RM10 Bilion
2. BBMB RM10 Bilion
3. MAS RM20 Bilion
4. Bank Negara RM33 Bilion
Walhal, jumlah berkenaan jauh lebih besar berbanding derma RM2.6 bilion yang didermakan kepada Perdana Menteri yang menjadi ‘kegilaan’ para penyokong Mahathir selama ini.
Tidak perlu dinyatakan dengan lebih terperinci, kerana jumlah RM2.6 bilion yang menjadi satu cerita ‘jijik’ daripada penyokong Mahathir itu terlalu kecil jumlahnya jika nak dibandingkan dengan jumlah kerugian pada zaman Perdana Menteri keempat itu iaitu RM73 bilion.
Lebih teruk lagi, empat syarikat/badan tersebut telah beberapa kali di “bail out” namun tetap memberi kerugian kepada negara. Yang terus “mencipta” untung hanyalah para kroni bekas Perdana Menteri itu dari pelbagai jenis syarikat gergasi milik mereka.
Rakyat harus berhenti daripada membiarkan akal fikiran mereka terus menerus diperbodohkan oleh Mahathir sehingga beberapa tahun lagi. Sudahlah usahanya melalui Deklarasi Mahathir menemui jalan gagal, adakah rakyat masih sanggup fikiran sendiri terus dikongkong dengan fakta salah dari Mahathir? –Tv14

Comments