Sama bahaya jika pemimpin Islam liberal, bukan Islam tadbir negara

BANGI, Ahad – Pemimpin Islam liberal atau bukan Islam sama sahaja bahayanya jika dibiar mentadbir negara, kata Pengurus Besar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dr Mohd Fauzi Shaffie.

“Pemimpin Muslim liberal, mereka akan membentuk dan melaksana polisi yang bagi mereka baik, tetapi ianya liberal. Jadi mereka akan merungkaikan sistem yang bertentangan dan ini sama juga kepada bukan Islam.

“Jika pemimpin bukan Islam itu juga liberal, maka akan mengikut cara liberal juga. Malah, mungkin lebih teruk,” katanya kepada Ismaweb ketika ditemui pada Seminar Liberalisme, Maslahah atau Mafsadah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, ada yang menganggap pemimpin Islam yang tidak liberal itu lebih baik, berbanding pemimpin Islam yang liberal.

Namun, katanya, pemimpin bukan Islam pasti akan mengikut cara pemerintahannya dan tidak tahu sejauh mana keadilan yang diberikan terhadap orang Islam.

“Kita tidak tahu bagaimana pemimpin bukan Islam beri ruang kepada kita dalam beribadat. Jadi, kita tidak boleh semudahnya merumuskan pemimpin bukan Islam itu lebih baik daripada pemimpin Islam yang liberal,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd fauzi mengingatkan masyarakat, khususnya generasi muda supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang ideologi liberal dan sekular yang sedang melanda negara ini.

Ini berikutan katanya, ramai yang masih tidak tahu bahawa fahaman liberalisme adalah suatu ideologi yang mencabar akidah tauhid umat Islam.

“Ini yang mereka ambil mudah, bila kata liberal hanya faham bebas sahaja… sedangkan mereka tidak faham ertinya liberal pada asasnya adalah bebas, termasuk bebas daripada mengikut hukum Allah.

“Sekiranya program dan idea liberalisme ini dibiarkan menular dalam kalangan generasi muda, maka generasi akan datang adalah pewaris negara yang tidak faham akidah dan menolak tauhid Allah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL