Kawan tetap kawan, lawan tetap lawan

Harapan PAS dengan meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Abdul Rani Osman sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dilihat sebagai cubaan bagi mengelak AMANAH daripada bertanding di kerusi yang sama berikutan hubungan baik AMANAH dengan Dr Rani.

Ahli Parlimen AMANAH Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata bagi AMANAH ‘kawan tetap kawan namun lawan tetap lawan.

“Bila PAS umum Dr Rani kita sudah tahu PAS mesti pikir kita tak akan lawan kerana Dr Rani baik dengan kita jadi takkan dengan kawan baik pun nak lawan. Tetapi bagi kami tidak. Kawan tu kawan la, lawan tetap lawan.

“Kita akan hantar calon. Kita sudah ada nama calon. Pada 1 Jun nanti kita umum. Lagipun penamaan calon kan 5 Jun nanti, masih awal lagi,” kata Khalid kepada BNBBC.my portal pada Ahad.

Menurut Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH meletakkan Dr Rani adalah dengan bertujuan PAS mendapat sokongan pengundi Cina juga sudah dijangka.

“Kita merasakan dengan meletakkan Dr Rani itu PAS cuba memecahkan undian pengundi Cina dalam usaha untuk menewaskan kita.

“Nak kata kita tak kisah langsung tidaklah, kita ada stratergi kita sendiri bagaimana nak menanganinya,” kata Khalid.

Beliau menegaskan parti AMANAH akan tetap akan menghantar calon mereka iaitu sama seperti hasrat yang disuarakan parti itu sebelum ini.

“Sudah saya sebutkan bacaan kami di AMANAH masih begitu dan sama yang AMANAH akan tetap bertanding,” katanya.

Jumaat lalu, PAS menamakan Dr Abdul Rani sebagai calonnya melalui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis pengumuman calon PAS dan pelancaran jentera pilihan raya kecil di Markas Induk PAS Sungai Besar.

Dr Rani merupakan seorang doktor perubatan dan memiliki sebuah klinik, Klinik Fitrah di Pekan Meru, Selangor.

Beliau yang memiliki ijazah dalam bidang perubatan daripada Universiti Tanta, Mesir menewaskan calon daripada Barisan Nasional Sukaiman Ahmad dengan majoriti 9,079 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PRK Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia