Tun M Patut Tubuh Parti Politik Baharu – Shahrir
JOHOR BAHRU: Tun Dr Mahathir Mohamad disaran menubuhkan parti politik baharu jika mahu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bulan depan.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad, berkata bekas Perdana Menteri itu pernah mendakwa mendapat sokongan hampir 1.2 juta orang menerusi deklarasinya.
Justeru, Shahrir berkata ini adalah waktu terbaik untuk menilai sama ada Dr Mahathir benar-benar mendapat sokongan rakyat.
“Masyarakat pastinya ingin melihat sama ada deklarasi itu boleh diterjemahkan pada PRK akan datang.
“Dr Mahathir tidak perlu berkempen untuk pihak lain, sebaliknya tubuh parti politik sendiri dan letak calon pada PRK ini.
Dalam dunia politik, suara rakyat penting sebagai pembuat keputusan, maka biar rakyat membuat pilihan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Belajar Koding (JBK) anjuran Biro Profesional Muda Pemuda UMNO Pusat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, hari ini.
Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata kehadiran Dr Mahathir untuk membantu pembangkang pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN).

Comments