PAS tak gila jawatan perdana menteri : Hashim

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak gilakan jawatan perdana menteri apabila meletak syarat kerjasama politik dengan mana-mana parti politik mestilah Islam yang memimpin.

Hashim menjelaskan syarat tersebut tidak semestinya PAS yang menjadi ketua tetapi sebarang kerjasama perlu mengikut acuan Islam supaya kesilapan lama tidak berulang lagi.

“Kita tidak bermaksud begitu. Tidak semestinya PAS.

“Siapa pun boleh jadi ketua. Apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja. Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebut PAS (yang memimpin), bukan bermakna kenyataannya itu menyalahi apa yang saya sebut,” kata Hashim dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Hashim berkata daripada pengalaman lalu, kerjasama PAS dengan mana-mana pakatan politik tidak mencapai tujuan asal dan hanyut.

“Itu pandangan dia (Presiden PAS) atas pengalamannya bersama pakatan sebelum ini. Bagi Tok Guru Haji Hadi, sebelum ini apabila diberi kepada pihak lain (selain PAS) untuk memimpin, pakatan kita boleh dikatakan hanyut, tidak sampai tujuan.

“Jadi kali ini, biar PAS yang memimpin. Itu bukan makna kita minta. Dan PAS itu bukan mesti Haji Hadi. PAS adalah organisasi. Bukan kita minta untuk diri kita. Kita bukan rebut atau gila nak jadi perdana menteri.

“Itu kita sebut lama dah, sejak awal lagi tetapi mereka sendiri, belum apa-apa lagi sudah sebut orang itu perdana menteri, orang ini perdana menteri.

“Itu yang dimaksudkan oleh Tok Guru. Dan saya apabila saya kata Islam, sebenarnya sama sahaja tetapi saya sebagai orang yang lebih tua, lembut sikitlah kata-kata saya (tertawa)!

“Saya ulang, apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja asalkan kita yakini kerjasama ini boleh dibawa mengikut acuan Islam, mengikut cara, kaedah dan pendekatan Islam,” katanya.

Menurut Hashim, pendirian sama juga dinyatakan oleh bekas Mursyidul Am arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dimana mengatakan PAS sanggup bekerjasama dengan mana-mana parti asalkan ia mestilah berlandaskan Islam yang sebenar.

“Tok Guru Nik Aziz pernah kata, kita nak buat (tegak pemerintahan) Islam, kalau Umno nak buat Islam yang sama, kita sanggup bubar PAS.

“Jadi maknanya, sesiapa saja yang nak buat Islam, kita akan sokong. Sampai sekarang, prinsip itu kita pegang. Bukan mesti PAS.

“Kalau ada orang lain yang betul-betul kita boleh percaya untuk melaksanakan Islam, kita sokong. Nabi dulu pun, apabila ada raja di sesebuah negara yang sedia terima Islam, Nabi benarkan untuk dia memerintah.

“Ini bukan soal kita nak jadi ketua, tetapi kita nak letak Islam di tempatnya, sebagai landasan dalam kepimpinan. Islam tidak ada kaitan dengan soal tamak kuasa tetapi Islam bawa mesej selamat dunia dan akhirat. Aslim taslam, masuk Islam, kamu selamat dunia akhirat. Inilah pendekatan kita, nak usaha untuk semua orang faham dan terima Islam yang sebenar-benarnya,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL