Shahrir sangkal dakwaan bawa masuk pengundi China....Madey Makin Merepak Akalnya
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad menyangkal dakwaan kemasukkan pengundi China menerusi projek Forest City di Johor yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Shahrir, yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menyifatkan dakwaan tersebut sebagai mengarut dan hanya mahu mensensasikan cerita semata-mata mendapat sokongan politik.
“Inilah yang dinamakan sebagai cakap-cakap politik yang hanya mahu mencari sensasi walaupun cerita yang disampaikan mengarut, bagi pembangkang bercakap bohong itu tidak mengapa asalkan mudah diterima,” katanya mengulas mengenai isu yang dimainkan oleh Dr Mahathir tersebut.
Menjelaskan mengenai isu membabitkan Forest City, Shahrir berkata walaupun projek tersebut pemiliknya adalah warga asing tetapi kerajaan negeri tidak menyediakan pakej untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka seperti didakwa oleh Dr Mahathir.
“Namun, fakta sebenar tentang Forest City diketahui sepenuhnya oleh rakyat Johor hasil sesi penerangan yang diberikan oleh kerajaan negeri, tak boleh tipu, memang benar zon itu adalah zon antarabangsa dan pemiliknya merupakan warga asing tetapi kita tidak sediakan pakej untuk memberi kad pengenalan kepada mereka,” tegasnya.
Terdahulu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkunjung ke China selama enam hari baru-baru ini bukan sahaja berunding untuk membina landasan kereta api, tetapi turut berunding untuk memasukkan lebih 700,000 warga China ke Forest City sebuah bandar baru yang dibina di Johor Baharu.
Dr Mahathir dalam PPBM di Krubung, Melaka baru-baru ini menuduh lebih 700,000 warga China akan diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Ujar Shahrir lago, ini bukan kali pertama Barisan Nasional (BN) dikaitkan dengan tuduhan membawa masuk warga asing kerana sebelum ini pembangkang pernah mendakwa 40,000 warga Bangladesh menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Comments