Kalau baca Facebook atas nama saya…itu tipu – Rosmah

Bukan sedikit…kalau rajin semak di media sosial kini dapat 20 akaun Facebook atas nama Rosmah Mansor.

Mereka yang tidak tidak tahu apa-apa tentu menduga Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor begitu aktif dalam media sosial.

Sebaliknya jangan terpedaya.

Isnin…Rosmah sendiri mengakui beliau langsung tidak mempunyai satu pun akaun Facebook ataupun Twitter.

"Saya tidak pernah mendaftar akaun Facebook. Saya tak ada Twitter. Cuma ada (telefon bimbit) Samsung yang antik. Asalkan boleh buat panggilan, terima panggilan... hantar dan jawab SMS (khidmat pesanan ringkas).

"Kalau ada baca (laman sosial atas nama saya), maknanya telah kena tipu. (Jika) ada apa-apa dengan saya, tanya secara berdepan. Cakap perkara yang betul, jangan cakap bohong," katanya.

Rosmah berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Tahunan Bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan di Dewan Tun Dr Ismail bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga ketua Wanita UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun.

Rosmah berkata kewujudan akaun Facebook palsu itu 'memberi semangat' kepadanya untuk menghadiri sesi ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zukerberg pada Sidang Kemuncak CEO 2016 di Lima, Peru, baru-baru ini.

Semangat untuk berjumpa dengan Zukerberg menyebabkan beliau ditegur suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang 'hairan' melihat beliau sanggup keluar awal pagi sedangkan mereka tiba lewat di Peru, tambahnya.

"Saya jawab (kepada Najib) yang saya nak tanya soalan pada Zukerberg iaitu " anda (Zukerberg) perlu ada mekanisme untuk mengesan akaun Facebook yang palsu." Saya tunggu tapi tak ada sesi soal jawab.

"Saya tanya juga pada pegawai jika saya boleh bertanya kepada beliau tetapi pegawai cakap tak boleh sebab dia kena perlu bergegas ke tempat lain. Saya nak tanya kerana Facebook pun ada kekurangan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana