Pulak Dohhhh.....Maria Chin Terima Ugutan Bunuh

Siapa plak nak buat semuanya ini.....Ini semuanya hanya untuk menyalihkan isu ajer tu.Nanti dituduh pihak yang menentangnya.Ini wayang belaka ni

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mendakwa beliau dan keluarganya menerima sampul surat yang mengandungi mesej ugutan bunuh dan sebutir peluru hidup .45.

"Saya menemukan surat tersebut pada pagi ini (Selasa). Saya mungkin menerimanya pada 17 November lalu tetapi saya tidak perasan surat ini," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau berkata, anak lelakinya mungkin membawa surat itu ke dalam rumah pada 17 November lalu tanpa pengetahuannya sebelum perhimpunan Bersih 5.0 diadakan.

Namun beliau hanya menyedari surat itu di atas mejanya pada awal pagi Selasa.

Dalam surat itu tertulis nota berbahasa Inggeris, "AMARAN AKHIR JIKA TIDAK MARINA DAN KELUARGA MATI.".

Maria menjelasnkan namanya tidak dieja dengan betul dan sempat bergurau bahawa si pelaku mungkin tersalah rumah.

Apabila ditanya tentang perasaannya membaca surat itu dan menerima peluru hidup, Maria berkata, dia berasa jengkel.

"Tindakan ini wajar dikecam sepenuhnya. Individu yang melakukan perkara ini perlu dipenjarakan," katanya sambil menambah akan membuat laporan polis.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL