NAJIB DISERANG KERANA JAWATAN PRESIDEN UMNO
EMPAT tugas terpenting Presiden Umno adalah menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti, Melantik Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan serta, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.
Selain itu, dua lagi tugas utama Presiden Umno adalah memanggil dan mempengerusikan sidang Majlis Tertinggi dan melantik tidak lebih daripada 13 orang Ahli Majlis Tertinggi mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan Umno.
Keempat-empat tugas Presiden Umno ini termaktub kemas di dalam Perlembagaan Umno Fasal 9.8.1 pada muka surat 16 buku berkenaan.
Jelaslah, kedudukan dan kepentingan jawatan Presiden Umno ini bukan sahaja gah dipandang pada mata, sebaliknya ia menjadi ‘jantung’ kepada kekuatan dan survival parti itu sendiri.
Analogi mudah, sekiranya ada pihak yang berhasrat membunuh atau membinasakan sesuatu badan atau sistem biologi, jantungnya perlu dijadikan sasaran terlebih dahulu agar refleksi berlaku dengan mudah dan cepat ke seluruh anggota badan dan sistem biologi berkenaan.
Inilah yang sedang berlaku dalam sistem Umno itu sendiri. Kumpulan ‘Anti-Najib’ dan pembangkang ini terpaksa mencari bahan keburukan keatas batang tubuh Datuk Seri Najib Tun Razak agar mereka berjaya meranapkan keseluruhan parti.
Mereka sebenarnya tahu, Najib selaku Presiden Umno merangkap Perdana Menteri tidak melakukan jenayah sepertimana yang dituduh, namun ia terpaksa dilakukan juga demi sebuah agenda yang lebih besar iaitu mengkuburkan Umno.
Malah pihak pembangkang juga mula sedar, sekiranya Najib terus bertahan sebagai Perdana Menteri untuk penggal seterusnya, negara akan meluncur laju kearah pendapatan yang lebih tinggi, manakala rakyat bakal menikmati kemakmuran hidup dari inisiatif pihak Kerajaan.
Oleh sebab itu, pihak pembangkang dengan bantuan kuasa asing bermati-matian berusaha agar Najib berjaya dijatuhkan dengan segera. Seandainya Najib berjaya digulingkan, maka kekuatan dan maruah Umno akan semakin tercalar dan terparut lukanya.
Ini akan mengakibatkan perjuangan suci Umno semakin lama menjadi semakin sayu dan lesu rentetan daripada pemimpin utamanya telah berjaya digulingkan.
Selain itu, pihak pembangkang yang kini dibantu erat oleh bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamed sudah tahu bahawa, secara tradisi seseorang yang bergelar Presiden Umno akan dilantik menjadi Perdana Menteri sekali gus berkuasa di negara demokrasi ini.
Jadi, hanya dengan cara menjatuhkan penyandang dari jawatan itu sahajalah boleh membuatkan Ketua Kerajaan Malaysia turut jatuh dan akhirnya Kerajaan Malaysia menjadi lumpuh.
Bukan kerana Najib Razak, tetapi kerana kedudukannya selaku Presiden UMNO
Lihat sendiri bagaimana serangan bertali arus yang dilakukan terhadap bekas Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah). Bukankah pada ketika itu, Dr Mahathir pernah berkata bahawa, Pak Lah amat lemah untuk mentadbir parti dan negara. Hanya Najib sahaja calon paling layak yang boleh mengembalikan kekuatan parti, perpaduan bangsa Melayu dan mencipta sebuah kerajaan yang kuat.
Bagaimanapun, tidak sampai 2 penggal pemerintahan Najib, Dr Mahathir bertindak mengulang perkara sama yang pernah dilakukan terhadap Pak Lah.
Semuanya hanya kerana jawatan Presiden Umno dan tidak lebih daripada itu. Lihat sendiri tuduhan demi tuduhan keatas Najib yang sebenarnya telah dijawab dengan siasatan terperinci secara ‘mikro’ oleh pihak berkuasa.
Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan beberapa agensi bebas dari negara asing, semuanya telah membuktikan bahawa Najib tidak bersalah sepertimana pertuduhan keatasnya dilakukan sebelum ini.
Namun, apa penerimaan rakyat dan pembangkang? Mereka hanya memekakkan telinga dan membutakan mata. Sebaliknya meneruskan tuduhan serta fitnah yang diulang-ulang dalam media sosial tanpa sebarang usaha untuk mengemukakan bukti yang kukuh.
Kita bayangkan, ketika mana Najib menjadi Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri dahulu, adakah pihak pembangkang dan Dr Mahathir bernafsu menyerang beliau?
Jawapannya tidak sama sekali. Mereka ini hanya fokus menyerang dan mahu menjatuhkan Perdana Menteri / Presiden Umno ketika itu sahaja. Tidak kiralah semasa Dr Mahathir atau Pak Lah yang menyandang kerusi berkenaan. Tidak langsung mereka pandang Najib, apatah lagi mahu menyerang beliau dengan pelbagai isu.
Jadi, jelaslah serangan berterusan keatas Najib bukan kerana batang tubuh Najib itu sendiri sebaliknya kerana beliau menyandang kerusi Presiden Umno.
Jangan pula kita hairan, seandainya Allah takdirkan suatu hari nanti Najib berhasrat mahu bersara dan digantikan dengan timbalannya, atau pemimpin lain dalam Umno, maka yang menggantikan tempat Najib itu pula akan menerima serangan yang sama sepertimana yang Najib sedang alami sekarang ini.
Ingatlah, Najib diserang bukan kerana beliau melakukan kesalahan, sebaliknya beliau diserang kerana beliau adalah Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia. –Tv14

Comments