JPJ nafi kes viral cukai jalan naik harga...

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan terdapat kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang melibatkan kenderaan jenis 800cc ke atad bermula Januari tahun hadapan.

JPJ dalam kenyataannya berkata, informasi yang tersebar luas melalui media sosial dan aplikasi Whatsapps itu tidak tepat dan palsu.

"JPJ memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana boleh menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat awam.

"Kami juga ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikaso Whatsapps yang tidak mempunyai sumber sah," katanya hari ini.

Pihak JPJ turut meminta orang ramai merujuk terus kepada jabatan tersebut jika terdapat sebarang kemusykilan dan tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu.

Menerusi aplikasi Whatsapps, terdapat mesej yang disebarkan menunjukkan peningkatan kadar bayaran fi melibatkan kenderaan 800 cc ke atas.

Berikut merupakan mesej yang disebarkan melalui aplikasi tersebut :

600cc = RM20 + RM5 (25%)
1.3cc = RM70 + RM17.50 (25%)
1.5cc = RM90 + RM22.50 (25%)
1.8cc = RM279.20 + RM69.80 (25%)
2.0cc = RM378.50 + RM94.60 (25%)
2.4cc = RM729.60 + RM185.40 (25%)

Roadtax kereta dari 880c ke atas naik 25% bermula Jan 2017, bermkna naik dalam Rm 168.50 ,& insuran  secara automatic naik dalam 25% jugak.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL