Zahid bidas tindakan Dr M dan Boboi yang kini sokong Soros
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong pihak asing yang menaja demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.
Malah dakwa Zahid, pihak luar itu juga turut membiayai sejumlah peruntukan bagi menjayakan misi tersebut dan lebih malang lagi George Soros yang suatu ketika dahulu dilabel penyangak mata wang kini pula didokongi oleh Dr Mahathir sendiri.
“Cuba kita imbas apa yang berlaku di negara-negara Arab akibat penangan Arab Springs. Negara-negara seperti Mesir, Libya, Syria, Yaman, Tunisia masih bergolak walaupun pucuk pimpinan telah digulingkan. Pengambilalihan kepemimpinan negara itu dilakukan melalui proses anarki yang cukup terancang.
“Siapa yang merancang? Open Society Foundation, George Soros yang dulunya Penyangak Kewangan Antarabangsa, penyangak itulah didokong orang yang pernah berucap tak lama sangat di sini, 22 tahun, beliau termasuk ‘boboi’.
“Keamanan negara itu masih belum dapat dikembalikan sehingga hari ini, saya nak tanya adakah kita mahukan kedaan seperti itu berlaku di negara kita? kita tolak sistem politik cara itu,” katanya ketika berucap bagi merasmikan ketiga-tiga sayap perwakilan UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.
Baru-baru ini, Dr Mahathir bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turun ke demonstrasi Bersih 5 yang mengakui ada menerima dana asing untuk beroperasi.
Jelas Zahid yang memangku jawatan Timbalan Presiden, NGO tersebut yang ditaja oleh pihak asing seperti ini kemudiannya dijadikan mereka sebagai boneka apabila wujud pemerintahan baharu.
“Orang dalam inilah yang akhirnya akan menjadi boneka pemerintahan baharu. Mereka ini ibarat memagar kelapa condong, buahnya jatuh di ladang orang!,” tegasnya.
Berikutan itu, Zahid menyeru supaya semua pihak untuk menolak Open Society yang membiayai negara-negara yang dihasratkan untuk dikuasai demi kepentingan pembiayanya.
“Kita orang UMNO dan rakyat di luar sana jangan mudah termakan dengan fahaman liberalisme yang saya takuti semakin menghampiri dan mendekati negara ini. Kita perlu sentiasa jelas bahawa demokrasi bagi negara kita adalah suatu kebebasan yang beralaskan Perlembagaan serta bersulamkan undang-undang.
“Maka, saya seru kepada semua sayap-sayap UMNO untuk bersama-sama berdiri teguh bersama Presiden dan saya untuk terus memperbetulkan keadaan ini,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Zahid turut memberi amaran yang beliau tidak akan membiarkan mana-mana pihak menggulingkan kerajaan secara tidak demoktratik.
Ini kerana jelas beliau, demokrasi politik seharusnya diterjemahkan melalui proses pilihan raya dimana secara asasnya, pentadbiran sesebuah negara perlu ditadbir oleh parti politik yang menang dalam sesebuah pilihan raya.
“Parti mana yang menang maka parti itulah yang sah memerintah negara, tetapi sekarang tidak lagi. Demokrasi kini dipadankan dengan demonstrasi. Bagi mereka, berdemonstrasi dianggap sebagai parameter kepada demokrasi. Sesiapa yang menentang amalan demonstrasi, maka mereka dianggap sebagai tidak demokratik,” katanya.
pau-sayap-5Tambah Zahid juga yang ketika ini memangku jawatan Timbalan Presiden, beliau pernah mengepalai demonstrasi sewaktu di kampus dahulu, namun tujuannya adalah bagi melontarkan harapan agar kerajaan mendepani permasalahan tersebut untuk diselesaikan.
Namun, demonstrasi yang diadakan hari ini berbeza dimana tujuannya adalah semata-mata bagi menjatuhkan kerajaan.
“Sewaktu di kampus dahulu, saya turut memimpin demonstrasi. Ketika itu pemimpin mahasiswa berdemonstrasi untuk menjuarai isu-isu rakyat dan membalingkan harapan agar kerajaan mendepani permasalahan tersebut untuk diselesaikan. Kami tiada langsung berniat untuk menggulingkan kuasa pemerintah. Kini demonstrasi bertujuan sebaliknya.
“Justeru, tindakan demonstrasi sekarang lebih bersifat meruntuh, menghancur dan konfrontasional. Lebih parah lagi, demokrasi juga ditafsirkan sebagai kebebasan mutlak termasuk dalam penerimaan bantuan hatta daripada organisasi asing sekali pun,” tambahnya.
Bagaimanapun, Zahid berkata beliau tidak akan melepaskan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan.
“Saya ingin berpesan, wahai mereka yang di sebelah sana, beringat-ingatlah, berpada-padalah, selagi anak Bagan Datok ini diberikan mandat menakhodai Kementerian Dalam Negeri, saya tidak akan sesekali lalai untuk meneroponginya, saya tidak akan jemu-jemu untuk mencari ubat penyembuhnya, dengan berlaku adil, demi sebuah negara yang sejahtera.
“Dan ingatlah, semua negara yang diruntuhkan kepimpinan dan kedaulatannya melalui gerakan massa jalanan seperti melalui pakej The Colour Revolution akan menatijahkan sesuatu yang amat dahsyat dan buruk sekali yang mungkin tidak termimpi oleh kita semua,” tambahnya.

Comments