Media China dakwa Singapura bersikap 'talam dua muka'...

Sebuah akhbar milik kerajaan China, The Global Times, memberi amaran bahawa sikap ‘talam dua muka’ oleh Singapura dalam hubungan ketenteraan dengan Taiwan boleh menjejaskan hubungan dua hala­nya dengan China.

Amaran itu ditulis oleh penulis komentar dengan nama samaran Ai Jun yang disiarkan dalam kolum pendapat akhbar tabliod tersebut semalam.

Komentar berkenaan ditujukan kepada isu sembilan buah kenderaan perisai Singapura yang dalam perjalanan dari Taiwan dan ditahan di Hong Kong pada minggu lalu.

Isu itu turut ditegur Kementerian Luar China berhubung soal hubungan ketenteraan antara Singapura dan Taipei.

“Adalah tidak sesuai untuk Singapura meneruskan sebarang bentuk pertukaran ketenteraan dengan Taiwan,” kata Ai Jun.

Singapura dan Taiwan menjalin hubungan ketenteraan sejak tahun 1970-an lagi termasuk menjadikan negara itu lokasi bagi latihan unit infantri Singapura.

Beijing pula bersedia bertoleransi dengan perjanjian tersebut sejak China dan Singapura menjalinkan semula hubungan diplomatik pada tahun 1990-an.

Bagaimanapun insiden membabitkan kenderaan perisai ‘menambah kesangsian’ bahawa Singapura masih menentang prinsip ‘One China’, menurut akhbar itu.

Beijing berpendapat Taiwan sebagai sebuah wilayah terpisah perlu dikembalikan di bawah pemerintahannya. Jika perlu, melalui kaedah paksaan.

Artikel yang disiarkan dalam edisi akhbar bahasa Inggeris itu turut menyenaraikan hubungan ketenteraan Singapura dengan Amerika Syarikat (AS).

Malah tulisan berkenaan juga menyentuh mengenai pendirian Singapura mengenai isu Laut China Selatan bagi menonjolkan maksud sikap ‘talam dua muka’.

Singapura membantu AS dalam usaha membendung China apabila membenarkan penempatan tentera AS di Pangkalan Tentera Laut Changi, katanya.

“Jika pendapat umum mengenai Singapura berubah di China, ia akan menjadi satu tamparan besar untuk hubungan dua hala,” kata akhbar itu.

The Global Times yang diterbitkan oleh akhbar parti rasmi negara, People’s Daily didakwa memiliki sejarah penulisan editorial bersifat lantang.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL