"Ingat Dia Suka Gelaran Jamal Jamban” - Khalid...ooo Kalau Orang Suruh Terjun Gaung..Terjun Gaung Lah

Buruknya Perangai Pemimpinan seperti ini....Sepatutnya Pemimpin lah yang menjadi contoh yang baik kepada Rakyat Bukannya Ikut kata perkara yang tidak baik pada orang lain.Senang saja cakap.

Memalukan lah dengan ada pemimpin macam ini.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya menggelar pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai ‘Jamal Jamban’.

Menurut Khalid, beliau bukanlah individu pertama yang memberi gelaran berkenaan kepada Jamal, sebaliknya ia  hasil respons orang ramai terhadap tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu sebelum ini.

“Berhubung kenyataan Jamal Jamban. Saya nak jelaskan, yang panggil dia Jamal Jamban bukan saya, tapi orang ramai  kerana dia buat PC (sidang media) dalam jamban.

“Kalau dia tak nak orang panggil dia Jamal Jamban, maka jangan buat PC dalam jamban,” katanya pada sidang media di Wisma Parti Amanah Negara (Amanah) di sini, Selasa.

Pada Isnin, Jamal memberi tempoh selama 24 jam kepada Khalid untuk menarik balik kenyataan ‘Jamal Jamban’, ‘Jamal Pak Tongkol’ dan Jamal Samseng’ jika enggan berhadapan tindakan undang-undang.

Selain itu, menurut Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah, Jamal sepatutnya berbangga dengan gelaran yang diberikan itu.

“Ingatkan dia bangga, dia merupakan satu-satunya manusia dalam dunia ini...setahu sayalah yang buat PC dalam jamban. Bila saya panggil dia Jamal Jamban sepatutnya dia berseronok, itu satu pengiktirafan.

“Tapi kalau dia rasa tak patut, lepas ini saya tak panggil dia Jamal Jamban lagi. Saya pun tak nak panggil orang dengan nama yang dia tak suka...saya ingat dia suka,” katanya.

Sementara itu, Khalid turut menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan Jamal dengan insiden rusuhan di Parlimen membabitkan penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

“Saya tak kaitkan dia dengan peristiwa kumpulan Pasir Salak menyerang saya di Parlimen.

"Saya tak kata dia turut terlibat, apa yang saya katakan ialah budaya politik samseng ini berkembang hasil daripada keadaan tidak ada tindakan terhadap Jamal Yunos.

"Dalam soal itu saya nak tarik balik, kalau nak saman…saman lah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL