Sejarah baru…PWTC nanti jadi KLPWTC…lebih hebat dan menarik
Setelah 31 tahun sejak ia mula dibuka …Kawasan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ) di Kuala Lumpur dimana terletaknya ibupejabat UMNO tidak lama lagi akan nampak lebih hebat dan menarik.
Ia akan melalui tranformasi pembangunan semula yang antara lain melibatkan pembinaan menara baru setinggi 70 tingkat di situ.
Projek bertaraf dunia itu yang dinamakan Kuala Lumpur Putra World Trade Center (KLPWTC).
Majlis pecah tanah projek itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang Selasa sempena Perhimpunan Agung UMNO.
Selain menara 70 tingkat untuk pejabat dan hotel ia juga melibatkan pembinaan sebuah masjid yang boleh menampung 5,000 jemaah,pengubahsuaian Dewan Merdeka dan Menara Dato Onn yang sedia ada.
Juga macam-macam pembahruan lain akan dibuat termasuk podium perdagangan.
Pembangunan fisikalnya akan bermula pada 11 Mei 2017 sempena hari ulangtahun UMNO.
PWTC mula dibina pada tahun 1981 dan siap diguna pada 1985. Ia dibina dengan kos RM150 juta.
Ia menjadi ibupejabat UMNO yang baru mengantikan bangunan lama di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Bangunan ibupejabat UMNO pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman itu mula digunakan pada 31 Julai,1955.
Ini adalah hari bersejarah untuk pewaris pimpinan UMNO,kata Najib ketika berucap di majlis pecah tanah KLPWTC.
Selain pimpinan UMNO,hadir sama di majlis itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan pengerusi pembangunan projek PWTC.
Menurut Perdana Menteri roh UMNO adalah tunjang KLPWTC.
“Setiap butir tanahnya,setiap lapisan dindingnya,terbina atas keringat dan air mata ahli bersama pimpinannya.
“Ia adalah lambang kesetiaan,keikhlasan dan semangat ahli UMNO dalam memartabatkan perjuangan orang Melayu,”katanya.

Comments