Seorang Lagi Pemimpin DAP Gesa Pengundi Tolak PAS


ALOR SETAR: Seorang lagi pemimpin DAP menggesa pengundi menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini sehingga parti itu meninggalkan cita-citanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan berkata Perlembangaan Persekutuan telah menjelaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular, sambil menambah cadangan tidak henti-henti mengenai pelaksanaan undang-undang hudud ‘sangat menganggu’ masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata PAS sangat konsisten dan mendesak dalam melaksanakan undang-undang berkenaan yang disifatkannya, ‘sangat berbahaya’ kepada Malaysia.

"Satu-satunya cara untuk menghentikannya adalah tidak menyokong PAS,” kata Neelamekan.

"Saya tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli DAP dan rakyat Malaysia melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak mendapat undi kita,” katanya.Neelamekan, yang juga Ketua DAP bahagian Lunas bagaimanapun membuat kenyataan tersebut sebagai pandangan peribadinya.Beliau menegaskan ia bertentangan dengan suara hatinya jika dia tidak bercakap mengenai penentangannya dalam isu berkenaan.

Pada Sabtu, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez turut menyatakan pendirian yang hampir serupa, beliau dilaporkan berkata masyarakat bukan Islam sepatutnya menilai risiko yang akan berlaku sekiranya mereka mengundi PAS.Beliau dipetik sebagai berkata, rakyat Malaysia terutamanya penduduk Johor sepatutnya berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum mereka mahu mengundi PAS.

Neelamekan berkata beliau terpaksa membuat kenyataan sedemikian kerana dia tidak mahu membuat persepsi hanya Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hukum hudud."Sebagai pemimpin DAP, jika kita tidak menyatakan pendirian kita, ia akan memberi persepsi bahawa kita menyokong pendirian PAS," katanya.

Neelamekan berkata bekerjasama dengan PAS di Kedah sangat mengecewakan kerana banyak isu yang bertentangan dengan kerangka kerja Pakatan Rakyat. Beliau turut memberikan contoh pengharaman yang dibuat oleh kerajaan PAS Kedah termasuk penutupan rumah penyembelihan dan larangan artis wanita membuat persembahan di pusat beli belah pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina.

Justeru, Neelamekan yang telah 27 menyertai DAP menggesa semua pihak menilai semula jalinan kerjasama dengan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL