PRU-13: Pembangkang gelabah lihat janji BN Selangor...
IPOH 30 April - Pakatan pembangkang dilihat mula 'menggelabah' dengan pemberian 20 meter padu air percuma yang digariskan dalam aku janji Barisan Nasional (BN) Selangor sehingga mula melemparkan tohmahan kononnya janji tersebut menciplak manifesto mereka.
Dalam satu ceramah di Taman Perpaduan, Tambun di sini malam tadi, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat,Azmin Ali mendakwa kononnya bantuan yang diumumkan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sudah pun dilakukan oleh kerajaan PKR Selangor.
Namun, hakikatnya, pemberian air percuma yang dijanjikan oleh BN jauh lebih baik kerana disertakan dengan kos pembiayaan menukar bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma.
Comments