Panasss Bebb....3 Exco Kerajaan Negeri Kedah Letak Jawatan dalam PKR.


KUALA LUMPUR 29 April - Tiga Exco Kerajaan Negeri Kedah disahkan  melepaskan kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai tanda protes digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Salah seorang Exco Kerajaan Negeri,Datuk S. Manikumar berkata, keputusan bersama dua rakan penyandang, Tan Chow Kang dan Lim Soo Nee itu kerana kecewa dengan pimpinan Parti yang mengambil langkah drastik tanpa sebarang maklumat mahupun pemberitahuan.

"Peletakan jawatan ini disebabkan saya amat berdukacita dan kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri (Dr Wan Azizah) yang tidak telus menjalankan tugas sebagai Presiden.

"Saya merasakan segala usaha dan kesetiaan yang ditaburkan kepada parti tidak dihargai oleh pimpinan atasan.

"Malah kepimpinan parti tidak mempunyai niat untuk menghubungi atau sekurang-kurang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu bahawa kami tidak akan mempertahankan kerusi masing-masing," katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana