PAS Sudah Lari Daripada Matlamat Asal - Ustaz Kazim Elias


KUALA LUMPUR: PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam, kata penceramah bebas Ustaz Kazim Elias (gambar).

Sambil melahirkan kekecewaannya dengan parti yang dianggotainya sejak sekian lama, beliau berkata 'arus' parti itu juga berbeza selepas menyertai pakatan pembangkang.Berikutan itu, katanya beliau membawa dirinya lari daripada 'arus' PAS yang dilihatnya tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam semata-mata.Beliau bercakap selaku anggota panel Wacana Isu-isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU-13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, Ahad.

Antara anggota panel lain ialah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad; dan Ketua Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan. Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata Umno adalah seperti 'bangunan yang sudah kukuh yang tidak perlu ditukar dengan yang baru'.

"Jika ada kerosakan (pada bangunan itu), ia hanya perlu dibaiki segera. Repair yang mana rosak, repair yang mana tak elok, sebab bangunannya masih elok, boleh menjamin keselamatan kita," katanya.Ustaz Kazim juga mengakui bahawa beliau menyokong usaha penyatuan antara Umno dan PAS."Saya cakap (perkara ini) sejak lima enam tahun lepas, dah sampai masa kita bersatu, baik orang Umno, baik orang PAS, carilah jalan bersatu," katanya. - BERNAMA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana