Siapa ABBY Nak Bercakap Soal Presiden PAS Ni...?
Bukan hanya ulama dan profesional yang penting dalam PAS - Abby Abadi
KUALA LUMPUR: Golongan Ulama dalam PAS diminta tidak menyisihkan golongan profesional, begitu juga golongan profesional diharap jangan berasa pelik berada disisi golongan ulama, kerana masing-masing amat memerlukan untuk meneruskan perjuangannya.
Itu pandangan aktivis PAS, Abby Abadi ketika ditanya berhubung dakwaan pergolakan yang berlaku antara dua kelompok itu, menjelang pemilihan PAS Jun ini.
“Saya rasa perkara itu patut dipulihkan, memang dalam konteks ini Tuan Guru Haji Hadi memainkan peranan paling besar sebab beliau adalah sebagai presiden kan, tetapi saya melihat permasalahan ini, kalau boleh diterima pakai apa yang saya sebut ini.
“Saya berharap sangat golongan ulama tidak menyisihkan golongan professional dan begitu juga golongan professional tidak berasa pelik untuk bersama dengan golongan ulama,” katanya kepada AntaraPos ketika ditemui tadi pada Majlis Bicara Harakah bertajuk 'Perginya Seorang Murabbi, Terhentikan Perjuangannya?.
Abby yang dahulunya pelakon dan penyanyi popular tanah air berkata pergolakan antara dua kelompok ini makin parah apabila wujud sikap label-melabel antara satu sama lain.
“Tetapi apa yang saya nampak sekarang ini ialah benda itu ketara sangat, yang golongan ulama dengan golongan ulama, sementara yang profesional dengan golongan profesional, nampak berlaku isu-isu yang sepatutnya tidak berlaku.
“Ada yang melabelkan orang itu begini, sementara ada yang lain pula melabelkan orang itu begini, saya rasa perkara itu sepatutnya tidak berlaku, Pada saya, perjuangan ini memerlukan perjuangan daripada banyak pihak, maksudnya kita perlukan ulama, profesional dan orang-orang biasa macam kita ini juga untuk diperkukuhkan lagi,” katanya.
Menurutnya, semua pihak harus kembali muhasabah diri dan tidak hanya memikirkan perihal untuk merebut jawatan dalam parti.
Katanya, dalam PAS, bukan hanya golongan ulama atau golongan profesional sahaja yang penting tetapi ahli biasa juga turut memainkan peranannya yang tersendiri.
“Kita ini ibarat macam sebuah bangunan, ada yang jadi atap, ada yang jadi tangga, jadi masing-masing ada peranan, jadi jangan menidakkan peranan orang lain, jangan kita fikir kita sahaja betul, maknanya kalau kita tidak sependapat dengan siapa pun, kita raikan dengan cara Rasulullah.
“Maknanya bukan dengan cara maki, bukan dengan hina, sebabnya saya melihat musuh kita yang sebenar bukan itu,” katanya lagi.
PAS kini berbalah sesama sendiri secara terbuka tanpa memikirkan musuh politiknya yang sebenar sedang bersuka ria dengan perkembangan itu, ujar Abby.
Justeru Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan menggesa agar segera ditamatkan perbalahan dalam jemaah itu dan kelompok yang terlibat kembali mengusahakan agar dirapatkan saf-safnya agar terus utuh mendepani arena politik tanah air.
“Kita berada dalam satu jemaah, kalau boleh, panduan atau apa sahaja yang diucapkan biarkan selari, tetapi kalau kita lihat, manusia memang macam itu, dalam keluarga pun, kita ada benda yang berbalah, ada benda yang tidak dipersetujui.
“Memang ada beza pendapat tetapi kita perlu raikan cara Rasulullah, kita ni bila cakap perjuangkan Islam, jadi kita perlu ikat diri kita dengan akhlak Islam,” katanya lagi.

Comments