Ahli Parlimen.... Tak Ahli Parlimen Banduan Tetap Banduan...APa Nak Minta Kebenaran Masuk Parlimen Plak.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat memohon jasa baik Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi supaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sidang Parlimen pada 9 Mac hingga 9 April ini.

Bercakap pada sidang media di ibupejabat parti itu pagi ini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata ini kerana Anwar masih memegang kerusi Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang.

Malah, perkara itu sudah pun disahkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, baru-baru ini.

"Apabila Parlimen bersidang pada 9 Mac 2015, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibenarkan hadir ke Parlimen dan menjalankan tugas beliau sebagai Ketua Pembangkang.

"Ini kehendak rakyat. Kehadiran Anwar ke Parliament akan memastika n kepentingan rakyat terus diperjuangkan serta dipertahankan," katanya.

Katanya lagi, Anwar sepatutnya tidak dihalang daripada menjalankan tugasnya meskipun Ketua Pembangkang itu kini berstatus banduan.

"Ketua Pembangkang wajib tidak dihalang dari menjalankan tugas-tugas beliau," ujarnya.

Izzah kemudiannya menyifatkan Zahid sebagai cuba melepaskan diri apabila menolak tanggungjawab kepada Peguam Negara untuk menentukan sama ada Anwar dibenar atau tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat bulan depan.

"Ini satu cubaan untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau. Jabatan Penjara adalah dibawah KDN dan bukannya Peguam Negara. Hanya Zahid yang berkuasa membenarkan Anwar hadir ke sidang Parlimen," tegasnya.

Sehubungan itu, Izzah menggesa agar Zahid mengambil tanggungjawab itu dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada Jabatan Penjara.

Tambahnya, Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) juga dijadualkan akan meluangkan masa untuk santapan Diraja bersama Ketua Pembangkang pada 9 Mac ini ketika Baginda menyampaikan titah di Dewan Rakyat.

PKR sebelum ini menggesa agar Anwar dibenarkan hadir pada sidang Parlimen kali ini.

Bagaimanapun, penganalisis politik yang dihubungi Antarapos semalam memberitahu desakan agar Anwar dibenar hadir ke Parlimen tidak sepatutnya dilayan kerana beliau kini seorang banduan.

"Apabila seseorang itu ditangkap dan didapati bersalah serta dimasukkan ke dalam penjara haknya adalah sama sepertimana banduan lain yang datang daripada keluarga yang miskin, yang datang dari latar belakang yang miskin serta tidak mempunyai pangkat dan kedudukan.

"Kita perlu melihat bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan ini sebenarnya berdasarkan kepada Perlembagaan yang menyatakan bahawa setiap individu itu perlu dilayan secara sama rata," ujar Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL