Video....Dokumentari kehilangan MH370 National Geographic bocor?

BANGI, 27 Feb – Belum pun sempat tiba ke tarikh 8 Mac, dokumentari mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 yang dijanjikan oleh National Geographic untuk disiarkan pada tarikh itu, bocor dan boleh ditonton dalam Youtube.

Baru Selasa lalu akhbar dan portal berita tempatan melaporkan mengenai rancangan National Geographic itu, ISMAweb mengesan dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat itu kini turut beredar dalam laman facebook.

Mengikut tarikh pada laman Youtube itu, dokumentari berkenaan mula disiarkan pada 16 Februari lalu dengan tajuk ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370? (S14E11)

Sebelum ini portal Mirror Online menyatakan bahawa, National Geographic akan menyiarkan dokumentari itu pada 8 Mac ini sempena ulang tahun pertama kehilangan pesawat itu dengan menyediakan bukti terbaru bahawa pesawat berkenaan terbang ke Antartika pada hari kehilangannya.

Antara yang ditemu bual dalam dokumentari itu ialah bekas penyiasat kanan NTSB, Malcolm Brenner, yang mempunyai pengalaman luas dan terkenal di dunia dalam siasatan nahas pesawat.
A6-38
Brenner berkata: “Insiden yang mendapat perhatian dunia itu tidak pernah saya dengar sepanjang karier saya sejak 40 tahun dahulu.”

Rangkaian televisyen itu turut menemu bual Naib Presiden Kanan Inmarsat, Chris McLaughlin dan Penganalisis Penerbangan ABC News, John Nance.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada 8 Mac tahun lalu.

Selain daripada teori baharu daripada pakar, National Geographic juga mendedahkan data satelit bagi menyokong dokumentari berkenaan.

Dokumentari itu juga mendakwa Kapten Zahari Ahmad Shah yang sudah 33 tahun bertugas dengan MAS, ‘merampas’ pesawat itu dengan mengunci kokpit dan tidak membenarkan Pembantu Juruterbang, Farid Abdul Hamid, masuk.

Dokumentari itu juga percaya bahawa pesawat MH370 telah membelok sebanyak tiga kali sebelum terus ke Antartika dan bukan Lautan Hindi.

Dengan menaip ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370?’ anda akan dapat terus mengakses dokumentari berkenaan di Youtube.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana