Kalau Berani & Telus, Dedahkan Isi Kandungan Petisyen
Sikap suka cakap besar diluar tapi hakikatnya menikus di dalam, memang sudah diketahui sinonim dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya..
Contoh sebelum PRU13, Anwar gebang macam-macam buruk berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keyakinan Pakatan akan menang, tapi dalam diam, dia mengaturkan mantan Naib Presiden Indonesia ketika itu, Jusof Kalla sebagai orang tengah untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan soal perdamaian setelah hampir pasti akan kalah.
Bila rundingan itu gagal dan perkara ini terdedah setelah Jusof Kalla menyatakan kekesalannya atas sikap Anwar, barulah Anwar mengaku tapi beri macam-macam alasan bodoh kenapa dia buat demikian tanpa pengetahuan PAS dan DAP.
Sejak dari itu, pengaruh Anwar dalam Pakatan Rakyat berkurangan sikit demi sedikit sebab siapa nak percayakan dia lagi? Cakap depan kamera bolehlah, dibelakang, hanya DAP saja yang percaya sikit-sikit, itupun sebab ada kepentingan politik. PAS? Langsung tak peduli.
Penulis percaya, hal yang sama sedang berlaku dalam soal keluarga Anwar mengemukakan petisyen pengampunan diraja untuk hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan Mahkamah kerana meliwat Saiful Bukhari dimana cuba dinafikan Anwar mohon pengampunan diraja (yang memerlukan terlebih dahulu dia mengaku bersalah meliwat).
Tak hairan kenapa depan media, keluarga Anwar beri alasan petisyen ini dikemukana sebab berlaku penyelewengan dalam sistem kehakiman. Tapi dalam masa yang sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat menerima petisyen ini sebagai alasan untuk tidak mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh sehingga diputuskan kelak.
Bermaksud, ini ialah petisyen pengampunan yang sebenar dimana Anwar mengaku kesalahan, berjanji untuk tidak buat lagi dan minta diampunkan. Ia bukanlah seperti mana dalam kenyataan keluarganya, itu hanyalah cakap politik.
Tidak mungkin Yang Dipertua Dewan Rakyat menerima petisyen ini kalau ia bukan petisyen minta pengampunan diraja.
Begitupun, untuk lebih jelas lagi, sila keluarga Anwar dedahkan isi kandungan petisyen berkenaan kepada umum. Barulah cakap tu boleh disokong dan dipersilakan siapa nak percaya yang Anwar tetap dengan pendiriannya tak mengaku salah meliwat Saiful walaupun Mahkamah telah menjatuhkan hukuman.
Kurang-kurang, dapat juga menyelamatkan sedikit intergriti yang tinggal.
Jika gagal, maka selamatlah untuk sesiapa menganggap yang kenyataan-kenyataan keluarga Anwar yang cuba menafikan bahawa petisyen itu adalah petisyen pengampunan (sebaliknya cuba digambarkan sebagai petisyen rayuan), sebagai satu lelucon politik sahaja dan Anwar memang mengaku salah serta minta diampunkan.

Comments