Nak Termuntah Rasanya....Anwar Perlu Minum Teh Dengan Agong – Izzah

PETALING JAYA: Pakatan Pembangkang menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya ‘tidak lepas tangan’ dalam isu permohonan bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan untuk membenarkan Anwar hadir ke Parlimen bagi menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang terletak dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Ini satu cubaan untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau. Jabatan Penjara adalah dibawah Kementerian Dalam Negeri, dan bukannya Peguam Negara.

Hanya Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk membenarkan Datuk Seri Anwar menghadiri sidang Parlimen.

“Datuk Seri Zahid wajib bersetuju dengan perkara ini dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada Jabatan Penjara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadikan Rakyat (PKR) di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut Nurul Izzah yang juga anak sulung Anwar berkata, bapanya perlu hadir ke Parlimen untuk minum teh bersama Yang Di-Pertuan Agong selepas pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 nanti.

“Jangan lupa antara kuasa dan keistimewaan Ketua Pembangkang adalah mempunyai tempat untuk minum teh dengan Agong.

“Tak boleh diganti dengan mana-mana Ahli Parlimen pun. Jadi tiada siapa pun yang nak lepaskan peluang minum teh dengan Agong. Jadi beliau mesti dibenarkan (hadir),” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana