Sya Shen Yee Aun Menyedarkan Ahli PAS...Mari Baca

Salam Perjuangan.

Walaupun kita berbeza pendapat dalam perjuangan falsafah dan ideologi politik tetapi keadaan ini tidak bermaksud bahawa kita adalah musuh. Parti anda kini berada dalam ambang kemusnahan. Terdapat perosak - perosak dalaman yang ditaja oleh pihak dan entiti tertentu dalam Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan parti PAS yang sedia ada. Terdapat kumpulan dalaman yang hendak menjatuhkan kuasa dan pengaruh ULAMA dalam parti anda.

Anda perlu membezakan siapa musuh anda yang sebenar. UMNO , MCA mahupun BN hanyalah entiti yang memiliki perbezaan ideologi dengan parti anda tetapi BN tidaklah sampai ke tahap menaja kumpulan - kumpulan perosak untuk menghancurkan parti anda.

Anda perlu berhati - hati dengan DAP , RED BEAN ARMY dan Anwar Ibrahim. Anda perlu berhati - hati dengan alat kawalan mereka iaitu PASMA yang kini ditugaskan untuk menjatuhkan kepimpinan Ulama dalam parti anda. Bayangkan sesebuah parti yang berasaskan kepada ideologi agama Islam tetapi tiada kepimpinan Ulama Islam menjadi tunjang dan tulang belakang dalam parti tersebut? Keadaan ini hanya ibaratkan sebuah tubuh badan manusia tanpa roh.

Bangkit dan Bangun menentang RBA dan DAP. Jangan lagi membiarkan kedaulatan dan maruh parti anda terus dipijak. Jadi biar DAP terus menjadi sombong , berlagak dan bongkak. Anda seharusnya BERSATU. BERSATU LAWN DAP.

Walaupun kita berbeza ideologi dari segi falsafah dan prinsip perjuangan politik tetapi SYA tetap sarankan anda semua berdiri TEGUH bersama parti PRESIDEN anda. Beliau yang seharusnya kini dipromosikan oleh anda semua untuk menjadi Ketua Pembangkang untuk menggantikan Anwar Ibrahim. Apakah maknanya perkongsian kuasa jika kuasa itu hanya sering kali dibahagikan antara DAP dan PKR sahaja ?

Ini adalah masa untuk PAS BANGKIT DAN BANGUN ! Jangan lagi leka . Jangan lagi lalai. Berjuang menentang munafik - munafik dalaman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana