Panassss!!!! AMK P.Pinang Desak Hadi Keluar Pakatan

PULAU PINANG 27 Feb – Golongan ulama Pas terus ‘diperangi’ rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dengan terbaharu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri secara terbuka meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketuanya, Khairil Anuar Kamarudin berkata, desakan itu memandangkan Abdul Hadi dilihat menjadi liabiliti kepada usaha me­ngukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.

Menurut beliau, pendekatan Abdul Hadi itu jelas tidak selari dengan perjuangan ketiga-tiga parti pembangkang, sekali gus menyifatkannya sebagai perkembangan tidak sihat.

Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap berdolak-dalik Abdul Hadi yang enggan menyatakan pendirian sebenar berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang kembali dibangkitkan.

“Jika masalah kesihatan dijadikan alasan, beliau seharusnya me­ngundur diri dan memberi ruang kepada pemimpin lain.

“Sehubungan itu, kita memberi tempoh 14 hari kepada beliau untuk membuat kenyataan rasmi dan jika terus berdiam diri, kita tidak akan berhenti mendesaknya,” katanya.

Dalam sidang akhbar berkenaan, Khairil Anuar turut mengambil peluang ‘mengungkit’ kesilapan Abdul Hadi sepanjang Ahli Parlimen Marang itu mengetuai Pas dan menjadi Menteri Besar Terengganu.

Katanya, Abdul Hadi perlu sedar kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU-11) pada 2004 berlaku ketika eranya.

“Kelemahan beliau juga terserlah apabila Pas gagal mempertahankan Kedah dalam PRU-12 serta beliau gagal mengelakkan pertandingan sesama sendiri melibatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh dalam PRU-13,” katanya.

Berhubung saranan Abdul Hadi terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) supaya meninggalkan Pas, Khairil Anuar berkata, mereka tidak bersetuju, malah menghargai kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan yang mahu mempertahankan pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana