Pakai Akal Bila BErkata Skit!!!!! Islam Tidak Halang Makan Tempat Awam Di Bulan Ramadhan, Kata Ustaz PKR Wan Ji
Pendakwah Wan Ji Wan Hussin berkata demikian selepas melihat umat Islam di Malaysia sudah terlalu lama diterapkan dengan tanggapan bahawa seluruh masyarakat perlu menghormati mereka.
“Cara fikir masyarakat Islam di Malaysia ini perlu diperbaiki. Bukan dengan hanya mengharapkan orang lain yang kena hormat umat Islam di mana pada bulan Ramadan, ketika orang Islam tidak boleh makan, orang lain pun kena hormat, tidak boleh,” katanya kepada FMT.
Isu ini ditimbulkan oleh seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama ‘Mrym Lee’ di Twitter menjalankan eksperimen sosial berhubung situasi ini.
Dia yang merupakan seorang wanita Islam dan bertudung memutuskan untuk minum di tempat terbuka pada waktu beliau tidak boleh berpuasa.
Ekoran tindakannya itu, dia disambut teguran dan malah kemarahan orang di sekitar yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati Islam dan orang yang berpuasa.
Namun, Wan Ji yang juga Ketua biro Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan bukanlah menjadi kesalahan dari sisi syariah untuk orang Islam yang tidak boleh berpuasa untuk makan di tempat awam.
“Islam tak larang pun. Hal sensitiviti dan sentimen ini hanyalah hal orang Melayu,” katanya lagi.
Beliau berkata, keadaan ini boleh diubah melalui perubahan sikap sebahagian orang Islam sendiri yang sering mendesak agar mereka dihormati tanpa menghormati orang lain.
“Ia boleh dilakukan melalui pendidikan, sama ada di sekolah atau melalui kuliah di masjid dan surau,” katanya lagi.
Mrym juga membuat dua pungutan suara menerusi Twitter; 58 peratus daripada 835 orang yang beragama Islam berkata mereka tidak makan atau minum di tempat awam kerana menghormati orang Islam yang lain, manakala 63 peratus daripada 701 orang berkata ia bukan satu kesalahan. – FMT

Comments