Video....Debat terbuka terowong dasar laut bertukar kecoh


GEORGETOWN: Sesi debat terbuka berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama di sini sebentar tadi, bertukar tegang selepas EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Utiliti negeri, Lim Hock Seng menggelar penyokong Barisan Nasional (BN) sebagai 'bodoh'.

Situasi itu berlaku apabila Hock Seng dikatakan gagal mengawal perasaan ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungannya sehingga menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa mengepung pentas utama.

Ketika sesi penggulungan itu, Hock Seng turut menggunakan gelaran 'celaka', 'hooligan' dan 'samseng' yang sekali gus membangkitkan kemarahan penyokong BN. Suasana tegang yang berlarutan hampir 10 minit itu juga menyebabkan beberapa penyokong kedua-dua pihak terpaksa dihalau keluar dari dewan, selain terdapat beberapa cubaan untuk menyerang Hock Seng yang ketika itu berada di pentas. Debat terbuka antara Hock Seng dan Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng itu diadakan di Dewan Kompleks Penyayang di sini, bagi membincangkan isu berhubung pembinaan projek terowong dasar laut yang dirangka Kerajaan Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana