DAP enggan tarik balik kata-kata kesat kepada penyokong BN
Sekarang rakyat Malaysia boleh menilai sendiri dari kelas macam mana pemimpin-pemimpin DAP ini hidup sehari-hari.
Ini selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menarik balik semula perkataan kesat yang dikeluarkan terhadap penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada sesi debat terbuka di negeri itu, malam tadi.
Pendirian itu dinyatakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada Rabu.
Guan Eng berkata, pihaknya tidak akan menarik balik perkataan kesat seperti 'bodoh' dan 'samseng' yang digunakan EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Utiliti negeri, Lim Hock Seng pada sesi debat berkenaan.
"Tak payah cakap lagi (mengenai penggunaan kata kesat pada sesi debat terbuka). Kita ada perkara lebih besar yang perlu difikirkan," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Hock Seng yang hadir pada sidang media sama dihalang Guan Eng daripada menjawab soalan sama ada akan menarik balik kenyataannya pada sesi debat berkenaan.
Semalam, sesi debat terbuka berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama menjadi tegang selepas Hock Seng gagal mengawal emosi dan mengeluarkan pelbagai perkataan kesat sehingga menyebabkan pasukan keselamatan campur tangan.
Debat terbuka kira-kira dua jam di antara Hock Seng dan Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng itu diadakan di Dewan Kompleks Penyayang bagi membincangkan isu berhubung pembinaan projek terowong dasar laut yang dirangka kerajaan negeri.

Comments