Ustaz PKR lapor mufti Pahang pada polis...Aikkk Ustaz PKR Tak Boleh Menerima KEnyataan

Satu laporan polis dibuat terhadap Datuk Abdul Rahman Osman hari ini berikutan kenyataan mufti Pahang itu yang mengisytiharkan DAP sebagai kafir harbi.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Biro Agama Pemuda PKR Wan Ji Wan Hussin di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 11.45 pagi.

Menurutnya, laporan itu dibuat kerana bimbang elemen pengganas IS menular, lebih-lebih lagi selepas insiden ugutan serangan terhadap Bukit Aman sebelum ini.

“Kami minta supaya elemen yang mampu membawa pertumpahan darah ini dielak dan pihak polis harus menanganinya sebagai perkara penting.

“Negara ini mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan kefahaman politik. Justeru kita tidak perlu menggunakan kenyataan yang berbaur keagamaan yang boleh membawa kepada pertumpahan darah," kata Wan Ji kepada pemberita di luar IPD itu sebentar tadi.

Menurut pandangan popular di kalangan umat Islam, golongan kafir harbi boleh dibunuh kerana tindakan mereka memerangi Islam.

Jumaat lalu, Abdul Rahman menggelar DAP 'kafir harbi', antaranya kerana menentang tindakan PAS kerana membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

Wan Ji berpendapat kenyataan itu dikeluarkan kerana kurang kefahaman berkaitan politik.

“Pada saya (mufti Pahang) mungkin ada masalah kefahaman politik apabila melihat isu sebegini.

“Justeru perbezaan dalam menafsirkan Islam itu tidak sewajarnya diambil tindakan yang boleh membawa unsur keganasan.

“Sebab kita tengok IS di Syria dan Iraq mereka memang menuduh orang yang berbeza kefahaman agama sebagai musuh Islam dan akhir sekali pergi kepada (gelaran kafir) harbi.

Wan Ji turut menyeru mufti lain di negara supaya mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan sedemikian adalah tidak wajar.

“Bukan sekadar laporan polis (daripada PKR), mungkin pihak agamawan lebih mengambil (kenyataan) ini sebagai satu perkara penting,” katanya yang memberi contoh langkah mufti Perlis yang terlibat memberi penjelasan dalam isu itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana