Amanah Hartanah Bumiputra (AHB) laris…PM umum tambahan 500 juta unit
Hairan bin ajaib…sana sini ada puak yang galak sebar kononnya Malaysia sudah nak bangkrap dan rakyat sedang menderita merana segala macam namun sebaliknya 1.5 billion unit saham Amanah Hartanah Bumiputra (AHB) habis terjual dalam tempoh setahun saja.
Jumaat…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan tambahan 500 juta unit lagi AHB menjadikan saiznya terkini 4 billion unit.
Sebenarnya ini bukan kali pertama kerajaan umum tambahan unit AHB.
Sejak dilancarkan enam tahun lalu ini adalah kali keempat.
Sejak dilancarkan enam tahun lalu ini adalah kali keempat.
Berucap melancarkan tambahan unit AHB di Kuala Lumpur ,Najib memberitahu sewaktu mula lancar enam tahun lalu saiz AHB ialah 1 billion unit.
"Enam tahun yang lepas iaitu pada 2010, saya sendiri telah merasmikan dana asal AHB sebanyak satu bilion unit dan beberapa tahun kemudian, saiz tersebut telah ditingkatkan sebanyak dua kali pada tahun 2012 dan 2013 lalu menjadikan jumlah keseluruhan dana AHB pada masa itu sebanyak dua bilion unit.
"Tahun lepas pula, sebanyak 1.5 bilion unit lagi dilancarkan malah, saya difahamkan unit-unit ini telah habis dilanggan dalam tempoh kurang dari setahun.
Serentak dengan itu Perdana Menteri umum kadar langganan minima unit AHB diturunkan dari 500 unit kepada 100 unit saja.
Ini,katanya untuk membolehkan lebih ramai orang dapat langgannya.
Comments