Rizal pelik bagaimana Rafizi peroleh gaji sebulan lebih awal?
Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor menyindir Rafizi Ramli berikutan ketidakcerdikan beliau mendedahkan dokumen aliran bayaran gaji kakitangan Invoke yang tidak masuk akal.
Katanya, adalah memalukan apabila mendedahkan kebodohan sendiri tentang gaji kakitangan Invoke yang tidak masuk akal dimana bayaran gaji bulan Oktober telahpun dibuat pada 11 September.
“Semalam Rafizi ada buat sidang media dan menujukkan segala dokumen-dikumen (aliran kewangan Invoke yang dibayar melalui syarikat KEIP Resources Sdn Bhd), satu dokumen yang ditunjukkan dimana tarikah invoice pada 22 Oktober, malah semalam baru 28 September dan bayaran gaji bulan Oktober dibuat pada 11 September sangat tidak masuk akal biasanya gaji dibayar pada bulan yang sama ini bulan baru masuk belum masuk lagi tapi gaji dah siap bayar memang hebat Rafizi ini.
“Hebatkan Rafizi ini baru 11 september dah bayar gaji Oktober, dasyat tak kerja seorang akauntan bertauliah,yang buat vaucher Rafizi, disemak Rafizi dan disahkan akauntan yang juga nama Rafizi dan diaudit oleh YB Rafizi Ramli.
“Bagi saya orang ini kalau dia nak menipu dia akan makan diri, menerusi dokumen yang ditunjukkan Rafizi semalam Rafizi mengesahkan dia seorang penipu,” sindir Rizal dalam satu kenyataan hari ini.
Menerusi sidang media semalam Rafizi menafikan tuduhan kononnya beliau tidak jujur dan mencuri wang rakyat melalui badan kaji selidik Invoke.
“Saya tidak mendapat satu sen pun manfaat kewangan dari Invoke atau syarikat lain yang saya miliki yang ada urusniaga dengan Invoke (seperti KEIP Resources Sdn Bhd). Saya tidak dibayar gaji, saya tidak membuat sebarang tuntutan perbelanjaan, perbelanjaan atau elaun hatta satu sen pun dari Invoke dan KEIP Resources Sdn Bhd,” kata Rafizi sambil memaklumkan mempertimbangkan saman terhadap Rizal.
Mengulas lanjut, Rizal berkata beliau terbuka dan menghormati hak Rafizi dan sedia berdepan tindakan saman.
“Saya menghormati hak dia rakyat Malaysia, saya terbuka, kalau dia rasa itu yang terbaik silakan saya tiada hak nak halang,” katanya.
Rizal dalam kenyataan sebelum ini mempertikaikan bagaimana Invoke yang diasaskan Rafizi menggunakan sumbangan dana orang ramai, terutamanya bayaran kepada sebuah syarikat yang membekalkan tenaga kerja kepada badan kaji selidik itu, KEIP Resources Sdn Bhd.
Pegawai khas Najib itu mendakwa carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan Rafizi pemegang saham utama syarikat itu.

Comments