Anggap SPRM monyet: Kenyataan Kit Siang tak bertamadun

Menggunakan perumpamaan ‘monyet’ adalah satu perkataan yang melampau dan tidak bertamadun.

Itulah gambaran sikap yang dipamerkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang apabila menggunakan perumpamaan sedemikian terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Tegas Dzulkifli pihaknya terbuka untuk menerima kritikan namun ia harus dibatasi dengan adab sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Dzulkifli mahu rakyat di negara ini menilai sendiri adab bicara pemimpin DAP tersebut.

“Kita terbuka untuk terima kritikan tetapi jangan melampau dan biadap.

“Kita ada adab. Kita rakyat Malaysia yang beradab.

“Saya hendak rakyat Malaysia menilai Kit Siang dengan perkataan yang digunakan itu (dengan membuat perumpaaan sebagai monyet). Nilailah adab bicara Kit Siang tersebut.

“Adakah itu budaya Malaysia? Biar rakyat menilainya.

“Perkataan yang digunakan itu adalah perkataan yang tidak bertamadun. Jadi, biar rakyat Malaysia menilai, itukah seorang pemimpin?,” soalnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perasmian Mural Pencegahan Rasuah yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Bangunan SPRM sempena Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar ‘17) di Perak hari ini.

Dzulkifli mengulas kenyataan Kit Siang yang membidasnya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Kit Siang mendakwa, Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau bertindak seperti monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan mulut tetapi tidak berbicara mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL