DI MANA LAGI DIA MAHU LETAK MUKA…?

Tidak dapat dinafikan bahawa dua warga emas yang dahulunya merupakan seteru politik utama, sudah membuat pusingan U. Keduanya bersekutu untuk satu tujuan yang sama iaitu menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 nanti.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang juga tidak dapat dinafikan adalah dua ahli politik veteran yang sehingga kini masih belum meninggalkan dunia politik negara. Kedua-duanya sudah berusia lanjut namun masih tegar mengejar kuasa.

Seorang sudah menjadi Perdana Menteri dan sudah meletak jawatan dengan alasan ‘dah lama dah’. Manakala yang seorang lagi dikatakan tidak bercita-cita untuk menjawat jawatan tersebut, namun khabarnya lebih selesa menjadi ‘De Facto’ kepada Perdana Menteri ‘boneka’ jika diberi peluang.

Pada pandangan penulis, para pemerhati politik cukup arif dengan tindakan dan corak politik Mahathir. Bagi mereka yang hidup di zaman dia berkuasa, mereka akan tahu bagaimana dia menggunakan kuasa secukup ‘rasa’, ‘kuku besi’nya memang terkenal seantero dunia.

Dulu memang dia dipandang tinggi. Jasanya memang banyak. Maklumlah, lebih dua dekad berkuasa sebagai Perdana Menteri paling lama memegang tampuk pemerintahan negara, maka sudah tentu banyak yang dia boleh lakukan, termasuk juga ‘onar’ dan ‘najis’ yang ditinggalkan untuk dibersihkan oleh Perdana Menteri selepasnya.

Kredibiliti Mahathir sebenarnya sudah tercemar lama dahulu. Namun memandangkan ketika itu dia berkuasa, hampir semua media berada di bawah ‘cengkaman’nya. Ada segelintir di kalangan pembangkang yang berani menyerang, namun ke ‘Kamunting’lah kemudian jawabnya.

Namun kini di era serba internet, kredibiliti Mahathir tercabar teruk. Malah jika diteliti, kredibilitinya terjejas akibat tindakannya sendiri, bukan orang lain. Dia sendiri yang meletakkan dirinya ke dalam ‘tong najis’, namun seperti biasa dia akan mendakwa dirinya betul dan orang lain yang berada di dalam ‘tong najis’.

Berpuluh tahun Mahathir menegaskan DAP adalah sebuah parti yang rasis. Berpuluh tahun juga dia mengherdik pemimpin DAP dengan pelbagai kata nista dan tuduhan buruk. Namun kini tiba-tiba DAPlah parti yang paling ‘wangi’ baginya?

Dia dulu mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penjenayah seks luar tabi’i, berzina, pemimpin yang tidak bermoral dan menyalah guna kuasa selain terpalit dengan pelbagai perlakuan rasuah. Begitu yakin dia memalukan Anwar di seluruh dunia.

Namun kini, dia bagai ‘lupa’. Bekas Timbalannya yang dimalukan sehina-hina manusia itulah yang dia dokong sebagai pemimpin yang paling berpotensi menjadi Perdana Menteri. Sanggup dia ‘mengadap’ banduan dan berpelukan dengan lelaki yang dia katakan penzina dulu?

Kini Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Namun dia dikatakan bukan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, ‘orang lain’ katanya. Tidak disebut pula siapa, namun ramai yang dapat meneka siapa yang mahu angkat sebagai Perdana Menteri.

Jika dilihat satu persatu segala gerak politiknya sejak berwatak ‘Raja Mendeliar’ itu, penulis yakin bahawa ramai yang akan setuju untuk mengatakan bahawa Mahathir tidak lagi mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.

Ada yang mengeluh dan menjerit ditipu ‘hidup-hidup’ selama lebih 22 tahun. Ada yang sudah hilang rasa hormat padanya. Ada yang kasihan dan ada pula yang terbahak-bahak melihat seorang yang dulu sangat berkuasa kini ‘menjilat berkilo-kilo kahaknya’.

Agak memalukan, namun itulah dia imej terkini Mahathir di mata ramai. Penulis kesal, namun apakan daya, sudah itu kemahuannya. Dia sendiri yang meletakkan diri di tempat yang jijik, bukan?

Bukannya tidak ada yang sayang dan cuba menasihatkan dia. Namun kita pun tahu bagaimana perangainya yang ‘perasan bagus’ dan ‘betul semua’, bukan saja dia tidak peduli, malah dia ‘sindir’ pula pihak yang sayang padanya.

Apa pun, penulis tidak nafikan jasanya. Namun perkembangan terkini dirinya, penulis hanya mampu berdoa supaya dia diberi hidayah, memohon Allah selamatkan dirinya. Dia mahu selamatkan negara? Kita pun dapat meneka siapa yang cuba dia selamatkan, bukan?

Justeru itu, usahlah lagi berlaku hipokrit. Kemas saja barang-barang dan terbanglah ke tanah suci bermastautin di sana. Tindakan itu pada penulis adalah lebih tepat dari terus memalukan diri menanti episod demi episod ‘melondehkan’ segala ‘noda’ masa silamnya…

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL