Teng Chang Kim kebudak-budakan, tak matang, kata PAS

Kenyataan Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim supaya PAS tidak mencampuri soal penganjuran pesta arak 'Better Beer Festival 2017' di Selangor, disifatlkan sebagai 'kebudak-budakan' selain tidak menggambarkan sikap matang dalam berpolitik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan yang membidas Exco Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan dan Pengangkutan Selangor itu, apabila mengkritik kelantangan PAS dalam menyuarakan pendirian membantah penganjuran pesta arak berkenaan.

"Saya kira langkah itu tidak wajar. Jadi apabila mereka (DAP) menempelak kita supaya jaga Kelantan sahaja dan jangan jaga Selangor. Itu adalah suatu kenyataan yang dangkal. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Seolah-olah bersifat keanak-anakan. Tidak cerdik dalam berpolitik.

"Mana boleh kita sebagai sebuah parti hanya terhad untuk satu negeri sahaja. Kalau begitu tidak ada makna lah penglibatan kita dalam politik tanahair. Kita semua boleh lah kata jaga negeri tertentu sahaja. Mana konsep persekutuannya, undang-undangnya, perlembagaanya.

"PAS bukan wujud di Kelantan. PAS adalah sebuah parti Islam Se-Malaysia. Kita jaga seluruh negara. Kita jaga ke seluruh kepentingan umat Islam," katanya kepada pemberita selepas ceramah Pra-Fastaqim di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata parti berteras Islam itu tetap akan terus konsisten membantah penganjuran pesta minuman keras tersebut, yang dilihat sebagai satu langkah mempersenda dan mencabar sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Soal kalau agama mereka membenarkan mereka minum arak dan mereka nak minum secara tertutup. Itu hak mereka dan kita tidak pernah ganggu pun sebelum ini. Namun, apabila mereka nak mengadakan pesta begitu besar terbuka, memperkenalkan pula pelbagai jenama. Saya kira suatu tindakan yang terlalu angkuh untuk mencabar sempadan sensitiviti umat Islam," tambahnya.

Chang Kim, dalam kenyataan terbarunya semalam mengingatkan PAS supaya menangani masalah sosial di Kelantan daripada 'menyibuk' mencampuri urusan penganjurannya di Selangor.

"Adakah PAS mahu jadi hero? Pemimpin PAS terutama di Kelantan jaga tempat (negeri) sendiri, jaga tempat mereka dahulu," soalnya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa wujud usaha untuk membawa pesta berkenaan ke Selangor, dan ia disokong Chang Kim.

Chang Khim sebelum ini dilapor menyatakan sokongannya berkata, Malaysia merupakan negara demokrasi dan semua pihak berhak buat apa saja aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

Menurut Chang Khim, PAS yang membuat bantahan terhadap pesta itu sepatutnya faham Malaysia sebuah negara majmuk dan bukan hanya orang parti itu sahaja tinggal di negara ini.

18 September lalu, DBKL  menolak permohonan permit  Mybeer (M) Sdn Bhd bagi penganjuran pesta tersebut atas sebab keselamatan, selain ia juga bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Pesta berkenaan sepatutnya berlangsung dari 6 hingga 7 Okt di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur, dengan menampilkan 250 jenama arak yang berbeza daripada 43 kilang arak dari seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana