Mat Sabu takkan menang di Taman Templer, kata Mohd Zaidy

SHAH ALAM: Datanglah Mat Sabu, atau sesiapa sahaja daripada Amanah dan DAP, kerusi Taman Templer tetap selamat menjadi milik PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
Demikian keyakinan yang dinyatakan penyandang kerusi berkenaan Mohd Zaidy Abdul Talib, ketika diajukan hasrat Amanah untuk meletakkan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai calon di kerusi berkenaan.
 
"Taman Templer sejak sebelum ini sudah menjadi tumpuan Amanah, DAP dan BN. Yang terbaru ini bahawa Amanah hendak meletakkan Mat Sabu bertanding di Taman Templer.
 
"Saya yakin PAS tetap dihati rakyat dalam PRU14," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Mohd Zaidy, yang juga exco PAS dalam kerajaan Selangor percaya rakyat di negeri ini bijak dalam menilai dan mencatur kebolehan seseorang pemimpin.
 
Untuk rekod Mohd Zaidy menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 menewaskan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Subahan Kamal (Umno).
 
Beliau dilantik sebagai exco kerajaan negeri selepas berlaku krisis Menteri Besar Selangor pada 2014, menyaksikan Mohd Zaidy mengetuai portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.
 
"Akhirnya rakyat yang akan buat keputusan. Dalam sebuah negara demokrasi sesiapa sahaja boleh bertanding mengikut garis panduan yang ditetapkan. 
 
"Di Taman Templer, dan saya sebagai penyandang di sini memang akan memastikan segala tanggungjawab, kebajikan rakyat diberikan secara terbaik. Kemudian terpulang kepada rakyat, sama ada Mat Sabu ke, rakyat bijak dalam memilih," tegasnya.
 
Selain Taman Templer, Amanah juga berhasrat meletakkan Mat Sabu di Parlimen Kota Raja yang kini disandang Siti Mariah Mahmud, yang juga merupakan Ketua Wanita Amanah.
 
Kononnya pencalonan Mat Sabu itu sebagai percaturan Amanah mengukuhkan kedudukan parti itu di Selangor, sekaligus dikatakan bakal menjadi pengganti PAS dalam kerajaan negeri.
 
Bagaimanapun pencalonan Mat Sabu bukanlah pertama kali diuar-uarkan memandangkan Amanah Selangor pernah mencadangkan agar presidennya mengetuai negeri itu.
 
Malah bagi Mat Sabu ia bukanlah satu perkara asing buatnya memandangkan beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990), Kubang Kerian (1995) dan Kuala Kedah (1999).
 
Bekas timbalan presiden PAS itu gagal mempertahankan kedudukannya di Kuala Kedah pada pilihan raya 2004, malah tewas sebagai calon PAS di Kuala Terengganu dan Pendang pada pilihan raya 2008 dan 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana