PANDAI BETUL WAYANG DAP NI!!!!! WAN JI DILANTIK PEGAWAI PENERANGAN GUAN ENG

Pejabat ketua menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pelantikan penceramah popular Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan bagi membantu usaha menjawab naratif tidak benar terhadap kerajaan negeri dalam perkara berhubung agama Islam.

Ahli PKR berusia 35 tahun dari Kelantan itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Komtar hari ini.

Lim berkata Wan Ji akan berganding bahu dengan penasihat strategik beliau, Saifuddin Nasution Ismail, yang juga setiausaha agung PKR.

“Kami sukacita dengan kehadiran Wan Ji untuk membantu menyempurnakan dasar kerajaan,” kata Lim pada sidang media hari ini.

Wan Ji dalam ucapan berkata ajaran Al-Quran mengenai tadbir urus yang baik akan menjadi panduan dalam melaksanakan tugasnya.

“Keperluan asas tadbir urus yang baik ialah melakukan kebaikan untuk rakyat. Pulau Pinang sudah banyak melakukan kebaikan untuk masyarakat Islam. Saya akan menjawab propaganda seteru politik yang mendakwa sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata Wan Ji akan memainkan peranan penting menjelaskan dasar kerajaan negeri berkaitan Islam kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang.

“Dengan kemahiran beliau berucap dan menulis, beliau akan menjawab naratif tidak benar dari pihak ‘sebelah sana’.

“Beliau juga akan memainkan peranan penting memaklumkan masyarakat mengenai usaha kerajaan negeri membangunkan Islam di negeri ini,” kata Saifuddin.

Wan Ji lulusan Universiti Al-Azhar dengan BA dalam Syariah Islammiyah dan dalam pengajian PhD Kesusasteran di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana