Perjanjian Malaysia 1963... Pembohongan Mahathir terus didedahkan5

Kenyataan 'top dog' Pakatan Harapan Tun Mahathir Mohamad yang kononnya mahu melihat kembali Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak jika pembangkang menang PRU14 terus menerima kecaman berbagai pihak.
Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata Mahathir pasti akan menggunakan alasan 'terlepas pandang' jika ditanya mengenai persetujuan berat sebelah yang wujud dari Akta Pembangunan Petroleum yang dibuat pada tahun 1974.
Selama 22 tahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri, tidak langsung beliau mempunyai hati untuk mengubah perkara ini.
Tetapi dek kerana dendam kesumat dan geram, beliau sanggup menyalahkan orang yang telah meninggal dunia tanpa ada rasa bersalah pada dirinya.
Jelasnya, Mahathir sanggup menyalahkan mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak di atas persetujuan yang telah dibuat ketika itu.
"Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah melancarkan manifesto mereka bagi negeri Sarawak. Antara janji yang terkandung dalam manifesto tersebut adalah untuk menaikkan royalti minyak Sarawak dan Sabah dari 5% ketika ini kepada 20% jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
"Rakyat seluruh negara perlu menilai sejauh mana keikhlasan Mahathir dalam tindakan beliau. Ternyata beliau sendiri kini terkeliru dan cuba untuk mengelirukan. Dan sudah tentu, alasan yang akan diberikan beliau hanyalah sekadar ‘terlepas pandang’," katanya.
Dalam masa sama, Mahathir aktif dan giat menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Antara slogan yang yang dimainkan adalah untuk mengubah dan membebaskan Malaysia dari gejala rasuah yang menurut beliau dilakukan oleh kepimpinan tertinggi negara.
"Tetapi melihatkan realiti sebenar, apa yang dibuat Mahathir ini tersangatlah mengelirukan. Ini kerana rakan baik baru beliau dalam Pakatan Harapan iaitu Lim Guan Eng telah dituduh dan akan dibicarakan bagi kesalahan rasuah," katanya.
Tambah Budiman, sikap 'double standards' yang ditunjukkan Mahathir kes melibatkan Guan Eng adalah sangat mendukacitakan.
"Bagaimana beliau boleh bercakap soal menghapuskan rasuah sedangkan orang yang duduk bersebelahan beliau adalah orang yang telah dituduh kerana kesalahan tersebut," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan berkata, kenyataan tersebut boleh disifatkan sebagai satu pembohongan kerana Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah menarik hak rakyat Sabah seperti terkandung di dalam MA63 tanpa merujuk kepada Parlimen terlebih dahulu.
Katanya, hak tersebut adalah dalam industri gas dan tenaga yang dihapuskan pada tahun 1983 hanya dengan menggunakan Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan tanpa dibahaskan di Parlimen sebelum dipersetujui, lapor media tempatan.
“Ini adalah kes yang amat jelas pada tahun 1983 apabila Mahathir sebagai Perdana Menteri membatalkan perundangan tentang hak rakyat Sabah yang terkandung di dalam MA63 tetapi Sarawak dikekalkan.
“Perkara ini berkaitan hak kerajaan negeri dalam pembekalan elektrik, industri gas serta kerja-kerja lain dalam pengedaran industri tenaga,” katanya di Kota Kinabalu, Sabah Khamis.
Tambah Raymond,  tidak cukup dengan itu, pada tahun 1996, Mahathir turut menjalankan kempen agar hak Imigresen yang dimiliki oleh Sabah seperti terkandung di dalam MA63 dihapuskan, namun usaha berkenaan gagal kerana ditolak oleh pemimpin-pemimpin tempatan.
Bagaimanapun katanya, hak tersebut berjaya dikekalkan hingga kini selepas pemimpin-pemimpin Sabah ketika itu menolak cadangan berkenaan.
“Nasib baik pemimpin Sabah berjaya mengekalkan hak tersebut. Saya percaya Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan masih mempunyai perancangan untuk mengambil hak Imigresen kita,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL