PESTA ARAK : AZMIN PERLU NYATAKAN PENDIRIAN SEBENAR – PAS

Ke­rajaan PKR Selangor digesa me­nyatakan pendirian sama ada menyokong atau menolak penganjuran Better Beer Festival 2017 sekiranya diadakan di negeri itu.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu memberi penjelasan mengenai ke­nyataannya sebelum ini berhubung isu tersebut.

Katanya, kenyataan Mohamed Azmin yang memperlihatkan seolah-olah beliau tidak menghalang pesta arak asalkan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan atas alasan menghormati hak kaum dan agama lain menimbulkan tanda tanya.

“Sekiranya mana-mana agama membenarkan penganutnya minum arak itu adalah hak kebebasan mereka untuk mengamalkannya.

“Yang kita bantah ialah soal pesta kerana dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama Persekutuan semua pihak harus menghormati sensitiviti umat Islam.

“Saya harap kerajaan Sela­ngor tegas membuat kenya­taan dan tindakan hitam putih dan jangan ‘play safe’ dalam membuat kenyataan. Pas tidak mahu pesta itu nanti menarik pelbagai pihak yang secara tidak langsung mempromosikan jenama dan bahan minuman alkohol,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat.

Sebelum ini, Dewan Ban­daraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta ber­kenaan yang sepatutnya diadakan dari 6 hingga 7 Oktober ini, jus­teru timbul desas desus ia akan diteruskan dengan lokasinya di­pindahkan ke Selangor.

Dalam perkembangan ber­asingan, Nasrudin berkata, Pas tidak gentar dengan hasrat DAP untuk mencipta sejarah baharu politik di Kelantan apabila sedia bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Katanya, sikap DAP itu sekali gus menafikan polisi parti itu yang selama ini menyebut penyertaan dalam PRU adalah semata-mata untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Selama 27 tahun Pas memimpin kerajaan Kelantan tentunya dalam pilihan raya umum akan datang kita bertekad mempertahankan kerajaan. Saya nampak ini satu tindakan ‘flip flop’ yang bertujuan bukan untuk menentang UMNO dan BN tetapi lebih berhasrat untuk menentang Pas,” katanya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL