RAFIZI MELATAH, RIZAL KONSISTEN “MENGUSIK”

SIAPA yang tidak kenal Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang kerap mencipta isu untuk menyerang pentadbiran Barisan Nasional sehingga beliau dijatuhkan hukuman berkali-kali atas dakwaan menfitnah. Kebiasaannya beliau dilihat akan bertindak lebih agresif apabila menjelang Pilihan Raya Umum.

Namun senario kini bertukar wajah apabila Rafizi pula diserang. Cuma yang membezakan situasi tersebut serangan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor itu berdasarkan dokumen yang didedahkan oleh Rafizi sendiri.

Beliau dikatakan terus menyerang Rafizi Ramli hari ini dengan menyifatkan naib presiden PKR itu memalukan diri melalui pendedahan dokumen bayaran gaji kakitangan pusat kaji selidiknya, Invoke yang tidak masuk akal.

Memetik laporan FMT,

“Semalam Rafizi ada buat sidang media dan menunjukkan segala dokumen (aliran kewangan Invoke yang dibayar melalui KEIP Resources Sdn Bhd). Satu dokumen yang ditunjukkan di mana tarikh invois pada 22 Oktober, tetapi semalam baru 28 September dan bayaran gaji bulan Oktober dibuat pada 11 September.

“Sangat tidak masuk akal, biasanya gaji dibayar pada bulan sama. Ini bulan baru masuk, gaji dah siap bayar. Memang hebat Rafizi ini.

“Hebatkan Rafizi, ini baru 11 September dah bayar gaji Oktober, dahsyat tak kerja seorang akauntan bertauliah. Yang buat baucer Rafizi, disemak Rafizi dan disahkan akauntan yang juga nama Rafizi dan diaudit oleh YB Rafizi Ramli.

“Bagi saya, orang ini kalau dia nak menipu, dia akan makan diri. Menerusi dokumen yang ditunjukkan Rafizi semalam, Rafizi mengesahkan dia seorang penipu,” sindir Datuk Rizal lagi.

Rafizi cuba menafikan tuduhan beliau tidak jujur dan mencuri wang rakyat melalui badan kaji selidik Invoke yang diasaskannya.

Beliau mendakwa bahawa beliau tidak mendapat satu sen pun manfaat kewangan dari Invoke atau syarikat lain yang beliau miliki yang ada urus niaga dengan Invoke (seperti KEIP Resources Sdn Bhd).

Ironinya beliau yang secara tidak sengaja mendedahkan dokumen bayaran gaji kakitangan pusat kaji selidiknya, Invoke yang tidak masuk akal itu turut menegaskan yang beliau tidak dibayar gaji,tidak membuat sebarang tuntutan perbelanjaan, perbelanjaan atau elaun walaupun satu sen pun dari Invoke dan KEIP Resources Sdn Bhd.

Sebelum itu, Rizal mempertikaikan bagaimana Invoke menggunakan sumbangan orang ramai, khasnya bayaran kepada sebuah syarikat pembekal tenaga kerja kepada badan kaji selidik itu, KEIP Resources Sdn Bhd. Berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan Rafizi ialah pemegang saham utama syarikat itu.

What goes around comes around. Mungkin selama ini Rafizi beranggapan beliau kebal daripada sebarang serangan memandangkan beliau yang sentiasa mengaktifkan mode serangan. Kali ini beliau bertemu buku dengan ruas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana