Aziz ulas laporan Nurul Izzah nak 'lari' bertanding di Johor

Jika benar Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ingin 'melarikan' diri dari Lembah Pantai dan bertanding di Johor pada PRU14  akan datang, beliau hanyalah menempah bala, kata Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan itu, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pasti sedar bahawa dirinya tidak mampu untuk memenangi semula kerusi Parlimen Lembah Pantai kerana tidak memberi khidmat kepada rakyat.
"Saya melihat Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin lebih memberi khidmat kepada rakyat berbanding Nurul Izzah.
"Malah, Residensi Kerinci yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan hasil perjuangan UMNO Lembah Pantai dan bukannya ahli parlimen di situ," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita sebuah akhbar yang menyatakan sekurang-kurangnya empat pemimpin utama Pakatan Harapan difahamkan sudah bersedia bertanding di Johor pada PRU14.
Pemimpin yang dimaksudkan ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dan Nurul Izzah.
Strategi Harapan untuk meletakkan pemimpin-pemimpin penting bertanding di Johor adalah bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk terus menggempur kubu kuat Umno seperti dalam PRU lalu.
Tambah Ab Aziz yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, gerakan ini merupakan bukti terbesar komitmen pemimpin Pakatan Harapan yang bertanding pilihanraya bukan bertujuan untuk memberi khidmat kepada rakyat.
"Nurul Izzah sendiri telah merancang untuk meninggalkan para pengundi (Lembah Pantai) yang telah memberikan kepercayaan mereka terhadap beliau.
"Inilah sikap sebenar pemimpin pembangkang dari Pakatan Harapan yang gemar berpindah-pindah kawasan yang diwakilinya demi kelangsungan politik peribadi.
"Mereka yang jauh berbeza dengan apa yang dipraktikkan oleh Barisan Nasional yang mana kebanyakkan calon merupakan anak tempatan ataupun sudah lama memberi khidmat kepada kawasan tersebut tidak kira menang atau kalah pilihanraya," katanya.
Ujar Ab Aziz, rakyat Johor tidak akan mudah tertipu dengan propaganda yang hendak dibawa ke negeri ini dan mereka yakin bahawa Nurul Izzah hanya melarikan diri daripada Lembah Pantai atas kegagalan memberi khidmat kepada rakyat.
"Nurul Izzah sendiri bukan seorang anak tempatan negeri Johor dan tidak mempunyai sebarang jasa yang disumbangkan terhadap masyarakat di sana secara khususnya,"katanya.
Sementara itu, Ab Aziz yang ditemui pada Majlis Penutup Program Titik Sentuh Gotong Royong Parlimen Sri Gading berkata, program tersebut telah berjaya membantu membaiki sebanyak 14 buah rumah-rumah uzur di sekitar Parlimen Sri Gading.
"Ini merupakan sebahagian daripada komitmen Perdana Menteri yang telah memperuntukkan sebanyak RM10 Juta untuk seluruh negara.
"Bagi Negeri Johor sahaja, sebanyak RM1.7 Juta telah diperuntukkan untuk 17 Parlimen terpilih dan hari ini merupakan Majlis Penutup bagi negeri Johor yang mana setiap parlimen menerima RM100,000 yang mana setiap rumah menerima bantuan sehingga RM10,000." katanya.
Parlimen Sri Gading telah menggunakan nilai peruntukan yang sama untuk membantu membaiki 14 buah rumah secara keseluruhan menggunakan khidmat sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai pihak antaranya pelajar UTHM, pelajar IPTHO, pelajar KKTM, anggota tentera darat dari Kem Majidi, anggota JPJ, Bomba, PDRM dan persatuan-persatuan belia dari seluruh Daerah Batu Pahat.
"Semoga inisiatif ini dapat membantu memberikan sedikit keselesaan bagi mereka yang amat memerlukan.
"Inilah nilai dan khidmat sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya dan slogan 'Rakyat Didahulukan' adalah janji yang ditepati," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana