100 penyokong tegar DAP dan NGO bantah ADUN Jawi...Undilah Lagi

NIBONG TEBAL 30 Mac - Kira-kira 100 penyokong tegar DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India dan Melayu mengadakan bantahan secara aman terhadap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee yang didakwa gagal membantu rakyat di kawasan itu.

Mereka mendakwa, wakil rakyat DAP itu gagal membantu mereka dalam menyelesaikan pelbagai masalah kebajikan yang diadukan kepadanya.

Menurut jurucakap kumpulan itu, M. Segar Muniandy, pelbagai masalah yang dihadapi rakyat tidak mendapat perhatian walaupun penduduk membuat aduan di pejabatnya di Taman Bukit Panchur di sini.

"Kita memilih dia sebagai wakil rakyat untuk menolong rakyat tetapi dia tidak turun padang membantu rakyat yang menghadapi masalah.

"Dia datang ke pusat khidmatnya itu seminggu sekali dan apabila kita membuat aduan, semuanya tidak dapat selesaikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya tanggungjawab wakil rakyat yang dipilih rakyat adalah mengambil berat masalah yang dihadapi rakyat.

"Apabila kita pergi ke pejabatnya untuk meminta bantuan dia buat tidak layan dan cakap tak ada bantuan.

"Apabila berlaku kematian dia tidak menziarahi keluarga terbabit dan dia juga pandang rendah terhadap penduduk di kawasan kampung dan ladang," katanya.

M. Mathialagan berkata, sikap wakil rakyat itu jelas berbeza dengan bekas wakil rakyat terdahulu iaitu Tan Cheng Liang dan juga bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Beng Huat kerana mereka memahami masalah rakyat dan membantu rakyat.

"Kerana sikap egonya itu, kita kena pilih calon anak tempatan yang boleh membantu kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti," tambahnya.

Katanya, masyarakat India dan Melayu di sini masih ketinggalan dan sewajarnya dalam PRU akan datang, mereka tidak lagi memberikan sokongan kepada wakil rakyat DAP itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL