Aksi Farish rakam selfie di tanah perkuburan dikecam peminat

Kuala Lumpur: Tindakan pelakon dan pengacara, Farish Aziz memuat naik gambar di sebuah tanah perkuburan mengakibatkan beliau dikecam pengikut laman sosialnya.
Meraih hampir 300 komen, rata-rata pengikut mempersoalkan tindakannya berdiri di atas kubur yang dianggap tidak menghormati adab menziarahi pusara selain merakamkan aksi selfie tak bertempat.
Malah, ada yang menasihatkan pelakon itu supaya memadam gambar berkenaan. Bagaimanapun hingga hari ini, gambar yang dimuat naik pada Syawal pertama itu masih lagi boleh dilihat di laman Instagram Farish. Bagaimanapun, tidak senang dengan komen negatif peminat, Farish akhirnya tampil bersuara. Beliau meminta semua orang supaya berhenti membuat tuduhan melulu terhadapnya.

"Kami membaca surah Yassin di atas tempat sama saya berdiri. Berhenti menuduh yang bukan-bukan seolah-olah anda berada di sana (tanah perkuburan) dan tahu segala-galanya.
"Terima kasih di atas teguran itu. Bagaimanapun, bagi saya ia bukanlah satu kesalahan bergambar di tanah perkuburan. Jika ia satu kesalahan, tentu keluarga menegur tindakan saya itu.
"Namun, tiada seorangpun daripada mereka menegur saya. Saya hargai teguran anda, cuma saya tidak boleh berdiam diri dengan teguran sedemikian rupa," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL